Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat |
Khabarnya | Kisah Sesi Bergambar Datuk Siti Nurhaliza Dan Artis Lelaki Posted: 02 Jul 2011 09:33 AM PDT Assalamualaikum semua. Kami rasa tentu semua dah tahu terutama sekali peminat-peminat tegar Datuk Siti Nurhaliza mengenai pendiriannya yang enggan bergambar dengan mana-mana artis lelaki untuk tujuan photoshoot (majalah atau suratkhabar). Jadi seperti yang kami nyatakan di facebook RentakArtis, kami nak bercerita pula kisah bagaimana bermulanya pendirian Datuk Siti ini. Mungkin bukan insiden ini yang menjadi punca utama tapi sedikit sebanyak adalah kaitannya. Insiden ini diimbas semula oleh vokalis kumpulan Umbrella, iaitu Zarul yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka melalui laman blognya. Teruskan membaca;
Haaa… menarik kan? Kami sangat kagum dengan apa yang diputuskan oleh Siti Nurhaliza pada tahun 1996 ini. Ini gambar daripada majalah URTV tersebut.
Biarlah orang kata dia artis kampung sekalipun namun pegangan sifat "kampung" itulah yang membawa kepada tahap yang dia berada kini. Siti Nurhaliza adalah antara artis wanita yang bersih daripada kontroversi bergambar dengan lelaki. Tak seperti sesetengah artis-artis sekarang, lebih-lebih lagi artis baru yang langsung tak peduli dengan sensitiviti semasa berposing antara satu sama lain (artis lelaki dan wanita). Semoga sikap Datuk Siti ini akan diambil untuk dijadikan panduan oleh mereka-mereka ni.
| ||||||||||||||||||||||||||||
Tahniah| Imam Muda Hassan Juara Imam Muda 2011 Posted: 01 Jul 2011 10:31 PM PDT Malam tadi, kita telah menyaksikan Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul dalam Kemuncak Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Malaysia. Berikut adalah biodata NAIB JUARA Imam Muda musim kedua, 2011:
Berikut adalah biodata JUARA Imam Muda musim kedua, 2011:
Juara menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. Naib juara pula memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. |
You are subscribed to email updates from Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |