Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat |
- Tahniah | Jimmy Shanley Kini Seorang Bapa
- Panas! | Fasha Sandha Naik Angin, Iqram Dinzly Beri Kenyataan Berbeza
- Gambar | Komen FB Ustazah Nur Bahyah Dengan Lawak Sepah
Tahniah | Jimmy Shanley Kini Seorang Bapa Posted: 26 Jun 2011 09:05 PM PDT Rasanya ramai yang dah tau mengenai kisah rumahtangga Jimmy Shanley yang mengalami masalah. Baik media cetak mahupun media elektronik semuanya gagah untuk memaparkan cerita mengenai nasib Jimmy yang kecewa dengan isterinya. Tapi alhamdulillah, baru-baru ini anak kepada pengacara ini telah selamat dilahirkan oleh isterinya, Suhailah Eliani beberapa hari yang lalu. Baby girl tau! Nama yang diberi ialah Zahrah Shanley. Manis sungguh nama itu semanis kurma. Hehe. Zahrah dilahirkan di Putra Medical Center, Sungai Buloh. Jimmy Shanley pula dikatakan menangis kerana terharu apabila berjaya berjumpa dengan anaknya itu. Kami dimaklumkan bahawa gambar dibawah ini adalah Zahrah Shanley. Semoga kehadiran Zahrah dapat menjernihkan kembali kekeruhan yang berlaku didalam rumahtangga Jimmy Shanley. Sama-samalah kita doakan. Mel: Semoga Jimmy sekeluarga semakin dimurahkan rezeki. Amin |
Panas! | Fasha Sandha Naik Angin, Iqram Dinzly Beri Kenyataan Berbeza Posted: 26 Jun 2011 09:13 PM PDT Hye korang! Lama tak jumpa. Haha. Mari kita tengok cerita panas tentang Ratu Kontroversi Malaysia – Fasha Sandha dan pelakon lelaki kegilaa ramai gadis-gadis yakni Iqram Dinzly. Mereka dikatakan sedang berperang dingin gara-gara salah faham yang berlaku di set penggambaran. Oklah. Untuk fahamkan cerita, kita buat kronologi sikit la ye! Katanyalah pada suatu hari penggambaran ni yakni pada 30 Mei 2011 yang lalu, Iqram sepatutnya hadir ke lokasi shooting pada jam 8.00 pagi. Namu begitu, dia gagal untuk sampai ke tempat kejadian sehinggalah Fasha Sandha mengeluarkan status twitter yang menunjukkan kekesalannya kepada sikap Iqram. Tertunggulah cik Fasha ini dengan penuh kegeraman sehingga dia mengeluarkan tweetnya yang kedua; Dan setelah terbongkarnya konflik ini ke telinga wartawan hiburan si Zubir (Iqram menghubunginya), maka ianya menjadi sesuatu yang semakin hangat dan kenyataannya menjadi begini; Okey. Kita hold dulu. Dari kenyataan yang diberikan oleh Iqram, Fasha Sandha yang terlebih dahulu meminta maaf kepadanya kerana memarahinya melalui twitter tanpa mengetahui punca sebenar Iqram lewat adalah kerana kemalangan. Tapi artikel itu tentunya mendapat perhatian Fasha yang barangkali terbeliak matanya semasa membaca sebab padanya itu bukanlah perkara sebenar yang berlaku. Dan sekali lagi, Fasha Sandha menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter untuk terus mempertahankan dirinya;
Dengar tu! Tak layak jadi hero Fasha Sandha! Hahaha.. Dan akhirnya Iqram cuma memberi kenyataan balas yang pada kami sangat cool dan bertepatan dengan keadaan semasa; Okeylah. Pada Mel, Mel rasa yang silap sebenarnya adalah kedua-dua pelakon ni. Ini pandangan Mel;
Itu cuma pandangan Mel. Mel kasihan tengok orang-orang dalam industri seni kita. Mudah ber’kocak’ jiwanya gara-gara kes remeh (bak kata Fasha Sandha). Rugi beb! Rugi! Apapun semoga keduanya cepat berdamai ok! Kita doakan…. Kredit gambar kepada Beautifulnara. |
Gambar | Komen FB Ustazah Nur Bahyah Dengan Lawak Sepah Posted: 26 Jun 2011 02:43 PM PDT Macam-macam orang komen tentang lawak yang Sepah lakukan dengan meniru gaya seorang uztazah dalam Maharaja lawak. Pelbagai kata2 kurang enak dan komen orang ramai dalam hal ini. Sepah buat terus orang nak marah, Jozan buat semua orang terima. camne tu? dan ada macam2 jenis komen yang korang boleh cari di internet ni. so korang pula rasa macamner? Berikut adalah gambar dari rancangan sebenar Semanis Kurma: dan ini komen ustazah dalam kes ni:
|
You are subscribed to email updates from Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |