Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat |
- Panas | Tuduhan Politik – Wardina Perjelas Keadaan Sebenar
- Review | Filem Bunohan Sarat Aksi-Drama!
- Info | Anugerah Industri Muzik 18 Penuh Dengan Kejutan
- Info | Transformasi Tiara Jacquelina Kepada Nora
Panas | Tuduhan Politik – Wardina Perjelas Keadaan Sebenar Posted: 29 Jun 2011 08:36 PM PDT Hangat kembali nama pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, atau Wardina apabila dia dikatakan menyokong parti politik pembangkang kerana dilihat berjumpa dengan beberapa orang ahli politik dari parti berkenaan. Perkara itu terjadi semasa Wardina menghadiri Program Karnival Mesra Rakyat yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya pada 26 Jun yang lalu. Namun Wardina tegas menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui sama sekali bahawa program itu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat. Sebelum ini pernah kecoh juga apabila beliau berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Mungkin kejadian susulan ini membuatkan segelintir pihak begitu yakin bahawa Wardina menyebelahi PKR.
Jelas Wardina, sewaktu dia tiba di majlis itu kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat tersebut. Oleh itu, dia amat terkejut apabila kehadirannya telah disalaherti dan dimanipulasikan sehingga timbul tuduhan-tuduhan liar itu. Tambahnya, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang tidak elok selepas insiden berkenaan. Apa yang dialami ni betul-betul memberi tekanan kepada Wardina sehingga beliau terpaksa berehat daripada mengendalikan rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3 selama dua bulan bagi memperbetulkan keadaan. Apa yang paling RentakArtis tidak setuju adalah tindakan segelintir pemilik blog yang menyiarkan kembali gambar-gambar Wardina sebelum beliau memakai hijab. Tersangatlah buruk perangai tu. Walau marah atau musykil macam mana sekalipun, itu bukan alasan untuk membuka aib orang lain apatah lagi orang yang telah berubah kepada kebaikan! Yang jelas, Wardina berhak untuk menyokong atau menyebelahi mana-mana pihak yang dirasakannya benar kerana semua orang mempunyai pendirian masing-masing. Yang membezakannya cumalah cara kita membawa kepercayaan kita. RA mendoakan agar semua ini berakhir dengan baik dan nama Wardina dapat dibersihkan kembali. Kepada bloggers di luar sana yang masih memaparkan gambar Wardina tanpa hijabnya, luangkanlah sedikit masa untuk mengeluarkan kembali gambar itu memandangkan Wardina bukan lagi seperti itu sekarang.
|
Review | Filem Bunohan Sarat Aksi-Drama! Posted: 29 Jun 2011 11:49 AM PDT Dalam filem aksi-drama BUNOHAN, Pengarah Dain Said menerokai pergolakan hubungan kekeluargaan, penipuan dan kematian warisan tradisi bagi menebus maruah yang hilang. Filem ini, yang menampilkan bintang muda dan veteran seperti Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim dan ramai lagi, difilemkan di pedalaman hutan paya bakau pantai timor Malaysia. BUNOHAN sebuah karya yang pasti mencetus inspirasi. SinopsisFilem BUNOHAN mengisahkan tiga adik beradik Ilham, Bakar dan Adil yang pulang ke kampung halaman mereka berdekatan dengan sebuah hutan paya bakau terpencil dengan jalan hidup dan takdir yang berbeza-beza. Adil (Zahiril Adzim) merupakan anak bongsu yang sedang melarikan diri daripada pertandingan “kickboxing” haram, manakala Ilham (Faizal Hussein) adalah anak sulung yang menjadi pembunuh upahan yang sedang mencari mangsa terbarunya. Bakar (Pekin Ibrahim), anak kedua, yang menjadi oportunis dalam menyatukan masalah-masalah mereka dalam satu drama yang penuh dengan penipuan, kekecewaan dan pembunuhan. Sebagaimana cepatnya hidup mereka kembali bersatu, secepat itulah juga talian kekeluargaan mereka dipisahkan. Antara gambar @ shot menarik dalam Filem Bunohan: Treler filem BUNOHAN telah dilancarkan hari oleh Apparat, dan dijangka keluar pada hujung tahun ini. Memang mengagumkan! Get the Flash Player to see this player. Kenapa anda MESTI TONTON?
|
Info | Anugerah Industri Muzik 18 Penuh Dengan Kejutan Posted: 29 Jun 2011 09:43 AM PDT Melihatkan apa yang berlaku kepada industri muzik Malaysia pada masa kini betul-betul membimbangkan RentakArtis. Kebiasaan untuk membuat album penuh sudah kurang dipraktikkan oleh ramai artis yang sebaliknya lebih selesa untuk mengeluarkan single sahaja. Pengeluaran single sudah menjadi trend semasa penyanyi Malaysia terutama sekali bagi artis-artis baru. Hal ini memberikan impak langsung kepada pengiktirafan sesebuah album yang dihasilkan oleh artis-artis. Buktinya, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang akan diadakan pada 12 November depan tampil dengan banyak perubahan apabila melihatkan pertambahan penghasilan lagu berbanding album. Antara perubahan yang dilakukan termasuklah pengurangan sebanyak 10 kategori menjadikan AIM kali ini tampil dengan 19 kategori selain tidak membenarkan penyertaan karya oleh pemuzik luar Malaysia. Lebih kami terkejut, turut diperkenalkan adalah satu anugerah khas yang ditaja oleh Celcom iaitu Artis Mobil Terbaik dengan alasan industri muzik masa kini lebih memfokuskan penghasilan lagu berbentuk digital berbanding album. Berikut adalah sedikit sebanyak info mengenai Anugerah Industri Muzik ke-18:
Untuk kategori-kategori yang akan dipertandingkan pula adalah seperti dibawah:
1. Artis Baru Terbaik 2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) 3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) 4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu 5. Kulit Album Terbaik 6. Rakaman Album Terbaik 7. Video Muzik Terbaik 8. Lagu Pop Etnik Terbaik 9. Lagu Nasyid Terbaik 10. Lagu Rock Terbaik 11. Lagu Pop Terbaik 12. Lagu Hip Hop Terbaik 13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik 14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara 15. Anugerah Kembara 16. Anugerah Sri Wirama 17. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu 18. Lagu Terbaik 19. Album Terbaik
Bagi RentakArtis, apa yang dilakukan ini sedikit sebanyak melunturkan semangat karyawan tempatan yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan album terbita mereka. Memang RA faham sangatlah apa perasaannya apabila sesuatu yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh itu tidak dinilai dan dihargai dengan setarafnya. Melihatkan penghasilan album dari artis-artis seperti Ning Baizura, Yuna, Aizat Amdan, Hujan, Pesawat dan lain-lain membuatkan RA tertanya-tanya juga apakah perlu perubahan drastik ni dilakukan? Tapi nak buat macam mana.. Kita sekadar pemerhati dan tentunya keputusan yang dibuat ini bukanlah keputusan persendirian sebaliknya dilakukan secara sepakat oleh mereka yang berkelayakan. RA difahamkan ramai juga artis-artis yang kurang bersetuju dengan perubahan ini. Apapun, semoga yang terbaik buat industri muzik Malaysia!
|
Info | Transformasi Tiara Jacquelina Kepada Nora Posted: 29 Jun 2011 08:17 AM PDT Nora Elena sudah tentu tiada kaitan dengan apa yang akan kami kongsikan disini. Kerana sememangnya hampir tiada apa yang boleh mengaitkan antara Tiara Jacquelina dan Nora Elena. Haha. Tetapi Nora yang dimaksudkan adalah watak yang akan dipegang oleh Tiara didalam pementasan teater terbaru beliau, The Secret Life of Nora. Setelah memperoleh kejayaan dan memenangi beberapa anugerah dengan pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) dan Teater Muzikal P.Ramlee, Tiara dan Enfiniti Vision Media miliknya kini kembali dengan projek teater muzikal terbaru mereka ini. Ujar Tiara, idea untuk menghasilkan TSLN mula ditimbulkan hanya dengan perbualan kosong antara dirinya dengan pereka set terkenal, Raja Maliq dan beberapa individu lain yang terlibat dengan Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) ketika itu.
Tiara turut akan kembali ke pentas teater dengan memegang watak agen penyiasat bernama Nora dalam pementasan yang akan dipentaskan di IB bermula penghujung September ini selama tiga minggu. Tiara dalam profilnya sebagai seorang penerbit teater muzikal di negara ini, amat sukar untuk melihat dia mengecewakan penonton. Tiara juga bukanlah anak seni yang melakukan sesuatu perkara sambil lewa atau tidak serius. Baginya, apa sahaja yang dilakukan waima perkara kecil sekalipun, dia akan usahakannya dengan bersungguh-sungguh sehingga menampakkan hasilnya. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik dan memberikan impak yang luar biasa untuk TSLN, aktres yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik menerusi filem Puteri Gunung Ledang pada 2005 ini sanggup terbang ke London semata-mata untuk mendapatkan khidmat dan kepakaran pengarah serta aktivis teater terkenal, Steven Dexter. Steven Dexter akan menjadi pengarah bagi teater TSLN ini. Tiara juga memberitahu akan ada beberapa muka lama yang sebelum ini terlibat dengan dua pementasan terdahulu akan kembali bekerja dengannya selain tenaga kerja baru. Dalam masa yang sama, Tiara tidak menafikan pihaknya ada keinginan untuk membawa pementasan itu ke luar negara. Dia begitu maklum betapa Malaysia mampu untuk membawa produk teater tempatan untuk dipentaskan di West End atau London namun menurutnya, itu semua cuma perancangan awal dan perlu dikaji melalui sambutan TSLN di Malaysia sendiri terlebih dahulu. Tentang soal kos pula, ianya dirahsiakan oleh Tiara namun dikhabarkan ia akan menelan belanja lebih daripada RM5 juta sekali gus menjadikannya sebagai teater muzikal paling mahal dalam sejarah. Selepas mengabdikan diri dalam hidup Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang, Tiara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan transisi baru dalam hidupnya dengan watak Nora pula. Baginya, watak Nora bukan calang-calang kerana ia menuntut cabaran yang cukup tinggi dan atas alasan itu, Tiara kini menjalani rejim senaman bagi memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan terbaik untuk tempoh tujuh bulan akan datang dan sekaligus bersedia untuk menjadi Nora. -Dipetik dan diolah daripada Utusan Malaysia Online.
WoW! jangan lepaskan peluang untuk turut sama merungkai rahsia kehidupan agen rahsia, Nora dengan panorama 60-an di Istana Budaya bermula 29 September 2011. Pastikan anda tidak terlepas sebarang info mengenai teater ini dengan mengikuti semua pengumuman berkaitan melalui Facebook rasmi teater ini iaitu The Secret Life of Nora. Semoga pementasan ini kelak akan menjadi satu sejarah baru buat semua warga kerjanya serta industri teater Malaysia. All the best, Tiara!
|
You are subscribed to email updates from Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |