Warisan ChanteQ |
Posted: 29 Jun 2011 12:51 PM PDT
“You dah nekad ker ni Lina?” Aku cuba nak dapatkan kepastian dari Revalina.”Dah Fendi.. I dah putus asa dengan lelaki.”"Ermm.. apa masalahnya dengan lelaki?” Agak lancang mulut aku menanya.”Terlalu banyak sangat mengungkit. i dah tak mampu nak teruskan.” Huhh.. complicated sungguh.. Aku bercakap-cakap sendiri dalam hati. “Lina.. bagilah something untuk I tulis.” “Ermmm.. apa yang you nak Fendi?” “Apa-apa pun tak per.. asalkan sesuatu yang i boleh jadikan content.” ” You dengar lagu Stacy… tajuknya.. Kisah Dongeng.” Berpuluh-puluh kali aku dengar lagu tu.. Apa agaknya relevan lagu tu.. Dah dekat sekotak rokok dah aku hisap. Masih buntu jugak. Akhirnya aku give-up. Aku capai handphone dan aku dail nombor Revalina. “Fendi… hidup i dari dulu lagi tak pernah mudah. Sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan. Ada masa-masanya i berjaya hadapi segala cabaran tetapi ada juga masa-masanya i kalah dengan dugaan. Terpesong dan silap. Mungkin agaknya sebab terlalu mengikut kata hati. Lelaki pula penuh dengan janji dan harapan. Semakin mengenali diri i.. semakin banyak pula harapan. Tapi apa yang i ada hanyalah sebuah kisah silam yang seram. Sebuah kisah yang tak mampu i nak padam dari hidup i. Ianya umpama parut yang memang tidak boleh hilang untuk selama-lamanya. Fendi.. i masih lagi tak jumpa lelaki yang boleh mencintai i dengan seadanya. Lelaki yang benar-benar ikhlas tanpa mengungkit kisah silam. I dah penat Fendi.. dah penat sangat-sangat. Fendi.. i nak tanya you.. Ada tak lelaki yang boleh mencintai seseorang wanita seadanya dia? Atau itu hanyalah sesuatu yang mustahil? Umpama sebuah cerita dongeng?” Aku hanya mampu terdiam. Aku sendiri pun tak ada jawapannya. Aku harap ada lelaki diluar sana yang boleh bagi jawapannya. Yang boleh tolong aku bagitau Revalina bahawa masih ada lagi lelaki yang cintanya benar-benar ikhlas. Bukan hanya pada paras rupa dan kisah silam. |
You are subscribed to email updates from Warisan ChanteQ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |