Warisan ChanteQ |
Pengalaman Permata – Diganggu ‘Mamat Hidu Gam’ Posted: 27 Jun 2011 09:06 AM PDT Assalamualaikum & Salam sejahtera semua… Apa khabar anda semua..Permata harap anda semua dalam keadaan sihat & ceria-ceria sentiasa.. Permata agak kepenatan selepas pulang dari kampung pada hari Ahad 26 Jun 2011 yang lalu. Pulang ke kampung benar2 menenangkan dan menceriakan hati Permata. Kedamaian kampung membuatkan Permata melupakan segala masalah dan tekanan kerja yang Permata alami.. Ditambah pula dapat merehatkan diri bersama keluarga yang jarang sekali dapat berkumpul bersama. Namun.. Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung Permata ditimpa musibah ketika di dalam bas.. Permata menaiki bas Ekspress SANI dari Shah Alam ke kampung pada Jam 10.30 pagi. Kebetulan bas yang Permata naiki hanya mempunyai tempat duduk di bahagian belakang sahaja. Permata akur dan meneruskan perjalanan dengan perasaan gembira untuk bertemu keluarga.. Ketika di pertengahan perjalanan Permata dikejutkan dengan seorang lelaki tiba-tiba duduk di kerusi paling belakang bas yang kedudukannya betul2 di belakang tempat duduk Permata.
Setelah menaiki semula bas, Permata bertambah risau kerana lelaki tadi masih duduk dibelakang Permata dan kini mengganggu Permata.. Ketika bas bergerak meneruskan perjalanan tangan lelaki terbabit mula bertindak diluar batasan.. Lelaki terbabit mula meraba tangan Permata. Permata bernasib baik kerana membawa bersama pensel di dalam beg galas Permata.. Permata menggunakan pensel tersebut sebagai alat mempertahankan diri jika berlaku sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan Permata.
Permata harap kisah ini dapat menyedarkan wanita-wanita di luar sana tentang pentingnya kita menjaga keselamatan diri. Jadikan kisah Permata ini sebagai tauladan dan pastikan diri kita selamat walau dimana sekalipun. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan berkongsi pengalaman bersama Permata. Sokongan anda amat Permata hargai.. =)
- Permata Cahaya -
|
You are subscribed to email updates from Warisan ChanteQ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |