Jumat, 01 Juli 2011

Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat

Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat


Video | Noh Semasa Akad Nikah

Posted: 01 Jul 2011 12:24 PM PDT

Hehe. Post sebelum ni kita tengok gambar Tomok dan Ayu. Apa kata bagi pasangan Noh dan Mizz Nina, kita tonton video pula. Video ni diambil semasa Noh melafazkan “aku terima nikahnya..” kepada bapa Mizz Nina, Tan Sri Azman. Nampaknya bukan sekali lafaz seperti yang kami laporkan sebelum ni. Haaa… Kiralah sendiri berapa kali lafaz. Selamat menonton!

 

Get the Flash Player to see this player.

 

 

Gambar | Tomok Dan Ayu – Sebelum Ijabkabul

Posted: 01 Jul 2011 12:26 PM PDT

Dalam entri ni, mari kita menyusur saat-saat akhir sebelum penyanyi Tomok diijabkabulkan dengan isterinya, Siti Rahayu. Gambar-gambar ini adalah semasa sesi fitting baju pengantin yang direka oleh Hatta Dolmat, Tomok memakai inai, majlis khatam al-Quran bagi Ayu dan seterusnya malam perkahwinan mereka. Jangan lupa untuk senyum sorang-sorang ok!

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 ds

Berita | Kematian Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia PALSU

Posted: 01 Jul 2011 10:32 AM PDT

Gempar semalam dengan satu tweet yang mengatakan Tan Sri Jins Shamsuddin telah meninggal dunia, berita ini telah tersebar luas di laman sosial twitter sehinggakan ramai yang mempercayainya…

Blog TaipingMali telah mengeluarkan post di blog yang berbunyi:

Jins Shamsuddin meninggal dunia

Alfatihah, Tan Sri Jins Shamsuddin telah kembali ke Rahmatullah mlm tadi. Moga2 roh beliau dicucuri rahmat, takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apalagi, cepat2 Kak Erma Fatimah telefon rumah Tan Sri Jins Shamsuddin untuk buat pengesahan…

selepas itu Blog Taipingmali keluarkan 1entry yang berita kematian Tan Sri Jin Shamsuddin adalah tidak benar…

Maaf berita yang disiarkan tadi mengenai TS Jins Samsudin ditarik balik.

Sewaktu melaporkan kematian TS Zain tadi tiba2 dtng satu mesej BBM. Menyatakan Jins meninggal.

Mungkin pihak yang menyampaikan berita keliru dengan dua Tan Sri.

Maaf kerana memanjangkan berita tadi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sudah… sebelum sebarkan apa2, konfemkan la dulu… tp yang penting, Alhamdulillah, Tan Sri Jins Shamsuddin masih sihat walafiat dan berita kematian beliau adalah khabar angin semata-mata.

Update | Tomok Dan Noh Kini Bergelar Suami

Posted: 01 Jul 2011 10:16 AM PDT

Assalamualaikum. Lama tak jumpa! Haha. Ada masalah sikit sebelum ni. Tapi takpe. Kita teruskan dengan misi untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai majlis pernikahan Shah Indrawan (Tomok) dengan Siti Rahayu dan Mohammad Noh (Hujan) dengan Shazrina Azman (Mizz Nina).

Mereka dah selesai dengan majlis akad nikah masing-masing. Tomok sah bergelar suami kepada Ayu hanya dengan sekali lafaz je! Begitu juga dengan Noh! Mantap tu. Untuk perkahwinan Noh, jumlah hantaran darinya kepada Mizz Nina adalah bernilai RM 11,111.11. Cantik betul nombor tu! Antara hantaran daripada Noh kepada pihak Mizz Nina adalah sebuah iPad2. Memang stylo! Jom tengok rupa Noh dan Tomok semasa majlis akad nikah malam tadi. Ada komen? Apa pun, tahniah buat mereka berempat.

 

NohNina NohNina TomokAyu (1) TomokAyu (2) TomokAyu (3) TomokAyu (4)

Mel : Tumpang excited!

Gambar | Sesi Fotografi Lisa Surihani Yang Seksi

Posted: 01 Jul 2011 08:44 AM PDT

Pasti ramai yang berkata, taklah seksi mana pun gambar ni kan? Cuma seksi dibahagian atas jer, ala-ala berkemban. Tapi pesanan RA buat Lisa, lebih baik anda kekalkan imej sopan anda. Bukan apa, takut peminat nanti bising. Terbuka sana, terbuka sini :p  Hehe…

 

 

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut