Minggu, 03 Juli 2011

Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat

Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat


Gambar | Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Noh & Mizz Nina

Posted: 03 Jul 2011 09:51 PM PDT

Silalah korang semua nikmati dan terkedip-kedip mata melihat suasana majlis pernikahan Noh dan Mizz Nina pada 1 Julai lalu serta majlis resepsi kedua mempelai pada malam semalam. Ok sedikit info berkenaan mereka berdua, Noh dan Nina merancang untuk berbulan madu di bandar raya sekitar Eropah seperti London dan Itali dan akan turut bercuti di kepulauan Maldives. Bulan madu selama 2 minggu tu. Jangan siapa-siapa kacau tau!

Sekitar majlis pernikahan. Kredit gambar: Facebook Hujan. Dan juga sekitar majlis resepsi di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur semalam. Yang penting, pelamin dieorang awesome gila! Kredit gambar: twitter @agcoco@istayedwoke, dan @yunamusic. Jangan lupa untuk follow twitter Noh dan MizzNina ok!

nohnina nohnina (1) nohnina (2) nohnina (3) nohnina (4) nohnina (5) ninanoh ninanoh (1) ninanoh (2) ninanoh (3) ninanoh (4) ninanoh (5) ninanoh (6) ninanoh (7) ninanoh (8) ninanoh (9) ninanoh (10)

 

Mel: Yeay! Nak tunggu anak dieorang pulak!

 

Video | Komen Ustazah NurBahyah Dalam Semanis Kurma

Posted: 03 Jul 2011 11:20 AM PDT

Seminggu yang lalu, Mr. RA ada menulis tentang komen Ustazah Nurbahyah dengan lawak Kumpulan sepah di Facebook beliau. Kali ni Mr. RA berikan komen ustazah dalam rancangan semanis kurma.

Get the Flash Player to see this player.

Kredit: FB Sepah – Koleksi Video Maharaja Lawak

Kata Mr RA: Sporting gak mereka ni. mereka boleh terima apa yang dilakukan Kumpulan Sepah, so jangan ada pihak yang nak perbesarkan isu ini…cukupla sampai kat sini je. macm kata ustazah, tiru untuk kebaikan takpe… :)

Video + Lirik | Kisah Hati – Alyah

Posted: 03 Jul 2011 08:32 AM PDT

Get the Flash Player to see this player.

Alyah – Kisah Hati

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

 

 

Khabarnya | Ayu Damit Sarat Mengandung

Posted: 03 Jul 2011 12:42 AM PDT

Dah jumpa juga akhirnya jawapan kepada persoalan peminat juara One In A Million ni. Kemana hilangnya Ayu??? Rupanya dia kini sedang sarat mengandung anaknya yang kedua. Alhamdulillah. Dia dikurniakan zuriat dan rezeki yang kedua oleh Allah SWT. Penyanyi yang dilahirkan di Sabah ini pernah juga disebut-sebut sebelum ni apabila timbul khabar yang mengatakan projek album terbarunya terbantut.

Ayu dan suaminya kini sedang menetap di Sabah sehingga kelahiran anaknya itu. Sama-samalah kita doakan yang terbaik ya untuk Ayu dan anak dalam kandungannya. Dah bersalin nanti bolehlah Ayu kembali semula untuk menghabiskan proses penerbitan albumnya. Tahniah Ayu kerana bakal mendapat seorang lagi cahaya mata!

Mel: Seronok dengar artis dapat anak. Tapi sangat sedih dengar artis ada anak melalui cara yang salah. Herm!

Kontroversi | Artis Di Kelab Bogel???

Posted: 03 Jul 2011 12:12 AM PDT

Di hari Ahad yang indah ini, Mel terjumpa sesuatu yang menarik dalam akhbar sisipan Mingguan Malaysia, Pancaindera. Mel tertarik sangat dengan satu artikel yang ditulis oleh wartawan Joyah pada mukasurat kedua. Cerita tentang sekumpulan artis wanita yang mengunjungi sebuah kelab bogel di Bangkok, Thailand baru-baru ni.

Klu-klu mengenai artis ini memang buat mata Mel terbeliak juga lah sebabnya Mel rasa Mel tahu siapa yang dimaksudkan. Sekawan artis wanita yang berprofil tinggi dan percutian ke Bangkok, Thailand. Ya, itu yang membuatkan Mel agak yakin dengan telahan Mel. Kerana sebelum ni Mel pernah terjumpa mereka bersembang dengan seorang artis wanita lain mengenai percutian mereka ke Thailand melalui laman Twitter. Berprofil tinggi? Ya! Ada diantara mereka yang berprofil tinggi atau senang cakap, ada gelaran la kan. Hehehe.

Apapun, kalau benarlah seperti yang dikhabarkan melalui ruangan Panas Seminggu Bersama Joyah ini, Mel sangat kecewa. Walaupun ingin bersangka baik mereka ke kelab itu atas tujuan untuk tahu jenis hiburan yang ada disitu sekalipun, kenapa mesti kelab bogel??? Agak panas persoalan ni ya. Hahaha. Kepada artis lain yang ingin bercuti tu, kalau anda sudah terkenal, ingatlah bahawasanya akan tetap ada mata yang memerhatikan walaupun anda bercuti ke hujung alam sekalipun. Bercutilah dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.. Eh jap! Korang dapat teka tak siapa??!

 

Mel: Kelantan pun tak pergi lagi. Apatah lagi Thailand! Sedihnya…

Panas | Kerana 9 Julai!

Posted: 02 Jul 2011 11:10 PM PDT

Assalamualaikum. Sekarang ni Malaysia memang tengah meletup dengan kisah perhimpunan haram yang akan berlangsung pada 9 Julai 2011. Tapi, post kali ni bukanlah bertujuan untuk promote atau mengulas isu itu sebaliknya ingin berkongsi natijah perkara terbabit kepada industri hiburan kita. Bolehlah kalau nak kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana perhimpunan tersebut habis aktiviti-aktivi anak seni tergendala.

Antara yang betul-betul terkesan adalah penganjur Konsert 2 Rasaksa 2011 yang akan dijayakan oleh kumpulan lagenda Sweet Charity dan Blues Gang. Konsert ini dijadualkan akan berlangsung pada 9 Julai di Stadium Merdeka namun terpaksa ditangguh kepada 1 Oktober depan. Kasihan betul kami pada penganjur. Semua persiapan dah dilakukan termasuklah promosi yang besar-besaran tapi akhirnya kena buat tarikh lain pula.

Berbeza pula dengan pementasa teater Mak Dara Nyonya lakonan Juhara Ayob, Fara Fauzana, Misha Omar, Norzizi Zulkifli dan lain-lain pada 6-12 Julai 2011 di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Walaupun pementasan masih diteruskan namun pada tarikh 9 Julai, ia terpaksa dihentikan ekoran perhimpunan haram tersebut.

Kedua-dua program ini terpaksa menangguhkan dan menghentikan aktiviti mereka atas nasihat daripada pihak polis untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tak diingini. Semoga semua ni jadi iktibar buat kita. Sebelum berbuat sesuatu fikirkan dahulu natijahnya kepada orang sekeliling! Apapun, semoga perancangan yang telah direncanakan akan tetap berjalan dengan lancar. Amin

Mel: Make yourself clean before you want to clean others. Sorry kena speaking sebab tak sanggup nak sebut perkataan tu dalam BM buat masa ni.. =)

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut