Selasa, 05 Juli 2011

Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat

Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat


Info | Persembahan Akustik Percuma Imran Ajmain!

Posted: 05 Jul 2011 08:42 PM PDT

Sempena sambutan 100 hari bebas dari merokok, penyanyi/pencipta lagu Imran Ajmain (bukan ImTan Ajmain.. hehe) bakal mengadakan sebuah siri persembahan akustik di merata Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan juga di Singapura pada bulan Julai ini.

6hb Julai – Kunang-Kunang (Gombak)
14hb Julai – Ayers Rock Butcher & Grill (WangsaMaju)
19hb Julai – Badoque Cafe (Singapore)
20hb Julai – Senyap The Hub, Shah Alam Extreme Park (Shah Alam)
24hb Julai – Station 1 Cafe (Sunway)
28hb Julai – Bora Ombak (Ampang)

Semua persembahan akan bermula pada jam 8 malam.

Setelah genap 100 hari Imran menghitung secara rahsia di akaun Twitter-nya, dia mendedahkan bahawa beliau telah pun berhenti merokok dalam video seperti kat bawah ni dan ia membawa respons yang sangat positif pada hari itu di Twitter sehingga tercetus perbincangan bersama 'followers' tentang perjumpaan bersama penggemar muziknya. Terjadilah 'acoustic tour' ini.

Get the Flash Player to see this player.

Imran bakal menyanyi lagu-lagu dari album pertamanya, 'Dengan Secara Kebetulan' seperti 'Seribu Tahun', 'Sudah tu Sudah', album keduanya 'Punca dan Tindakan' seperti 'Selamat Ulang Tahun Sayang', 'Radio', 'Jika Engkau Pergi' dan akan memperkenalkan lagu-lagu barunya yang dijangka ada di pasaran tidak lama lagi.

Tetamu undangan termasuk Fazley Yaakob yang juga akan menerbitkan album baru tahun ini, dan pembuka tirai untuk tiap lokasi, pendatang baru, Tengku Adil dari Singapura. Penyanyi muda, Najwa Latif, akan turut membuat persembahan untuk tarikh 24hb Julai 2011 di Sunway.

Persembahan ini semua akan bertempat di kafe atau restoran, dan TIADA bayaran tiket yang akan dikenakan. Yup! Ianya PERCUMA! Orang ramai dialu-alukan untuk membuat tempahan meja supaya tidak kecewa.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk ke twitter Imran Ajmain dan website www.imranajmain.com. Kepada Imran, tahniah atas kejayaan besar anda untuk hidup tanpa rokok.!

 

Khabarnya | Penerbit Terkenal Kekwat?

Posted: 05 Jul 2011 08:18 AM PDT

Assalamualaikum semua! Kami dapat maklumat dari seorang pembaca RentakArtis mengenai kenyataan seorang penerbit filem yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur kekwat. Kepada yang masih belum familiar, kekwat itu maksudnya berlagak! Camtulah! Haha. Khabarnya, ada seorang pelakon ni tak berpuas hati dengan statement penerbit tu. Apa statementnya?

“Saya adelah ternampak satu tweet dari pelakon pompuan ni.. Bunyinye macam ni la.. – XXXXX XXX tak kenal wa.dia ckp klu dia x kenal seseorg (dlm ent industri)maknanya something wrong!wah!play God pulak mamat MLM ni.Macam tu la bunyiknye. hehe. Bajet bagus jugak ye penerbit ni! Rakan artis pelakon tu pun tak puas hati ngan statement mamat nih.”

Kejam betul la statement penerbit ni. Macam semua orang kenal dia baru la nothing wrong, camtu? Haaa.. Nasibla. Yang penting pelakon wanita ni lagi dulu dikenali dalam arena seni sebelum kemunculan penerbit tu! Sejak zaman kanak-kanak lagi! So, tak sesuai la ya nak gunakan ayat macam tu, Encik Penerbit. Dunia ni kecik aje maa. Pusing kiri pusing kanan jumpa juga maa.. Isk!

 

Mel: Ikut resmi padi!

Kontroversi | Fina AF9 Dikatakan Memfitnah, Berlagak Diva?

Posted: 05 Jul 2011 07:21 PM PDT

Sendu kan? Bila dapat tahu artis yang bukan setakat tak sampai setahun jagung, 3 bulan jagung pun tak sampai lagi tapi dah buat perangai yang menyakitkan hati. Memang kami pernah la dengar perangai Fina AF9 ni yang memang kurang elok sejak dari Akademi Fantasia lagi. Sampaikan ada khabar, tenaga pengajar di AF9 pun kurang selesa dengan perangai dia.

Tup-tup keluar pula cerita yang agaklah dasyatnya dari akhbar BiPop Ahad lalu. Wartawan Raja Nurfatimah telah membuka rahsia siapakah Fina AF9 yang sebenar-benarnya. Menurut Raja, Fina ni telah membuat fitnah terhadap dua orang rakannya dari Akademi Fantasia 9. Makin menjadikan ianya teruk adalah pendedahan Raja juga mengenai sikap Fina yang perasan artis diva apabila berlagak untuk satu sesi bergambar.

Fitnah yang dikatakan datangnya dari Fina ialah dua rakan Af9 nya itu membuat kelakuan sumbang di bilik hotel, di Bali semasa satu rakaman program yang melibatkan mereka dan beberapa orang lagi bekas pelajar AF9. Kalau betul ini yang dituduh oleh Fina, memang ianya sesuatu yang berat untuk ditanggung natijahnya suatu hari nanti. Tentang sesi bergambar pula, dia dikatakan bersikap berlagak dan perasan diva dengan media.

Tapi di pihak Fina pula dia menafikan dia melakukan fitnah tersebut dan menyerahkan segalanya kepada orang ramai untuk mempercayai apa yang mereka mahu percaya. Tentang sesi bergambar pula, Fina menyatakan kekesalannya dan memohon maaf kepada pihak yang terlibat seandainya dia melakukan sesuatu yang kurang disenangi.

Pada kami, sukar untuk menelah kebenaran yang ada pada Fina sehingga dia menafikan tentang pembabitannya dalam memfitnah rakan seperjuangannya itu. Sebabnya, perkara ini disampaikan sendiri oleh seorang wartawan hiburan yang dikenali. Wartawan-wartawan hiburan ni memang banyak pegang rahsia artis. Mungkin sebab dah tak tahan ataupun memandangkan Fina masih baru dalam industri seni, maka tindakan mendedahkan semua ni diambil sebagai peringatan kepada Fina seterusnya kepada semua artis-artis lain. Lagipun, takkanlah Kak Raja ada motif nak menjatuhkan Fina kan. Hehe.

Apapun, terserahlah kat korang nak percaya yang mana. Kami berharap perkara ni tidak berpanjangan dan diambil pengajaran oleh semua pihak yang berkaitan. Tak mustahil selepas ni akan ada lagi cerita yang dinyatakan terus nama artis yang terlibat. Haaaa… Siapa nak jawab? Jadi kesimpulannya, jaga-jaga ya semua artis. Sentiasalah beringat, berani buat, berani tanggung! Namun begitu, kami disini sentiasa berharap kebenaran akan dapat dibuktikan segera. Semoga Fina terus maju didalam industri hiburan tanpa apa-apa masalah lagi. Goodluck Fina!

Update: kredit kepada OhBulan. Penjelasan Fina tentang tuduhan yang dilemparkan kepadanya;

"Saya tidak mengerti kenapa saya telah dituduh menaburkan fitnah terhadap kedua-dua individu berkenaan, sedangkan banyak lagi perkara penting yang perlu saya tumpukan. Maksud saya, sebagai orang baru dalam industri ini, terus terang saya lebih suka fokus terhadap kerjaya daripada melayan cerita-cerita yang tidak berasas seperti ini.

"Walau bagaimanapun, andai kata mereka terus menuduh bahawa saya yang menabur fitnah, itu terpulang kepada masing-masing. Bak kata orang, "we believe what we want to believe”.

Dan juga tentang dakwaan sikap divanya;

“Sebagai orang baru, saya sedar bahawa banyak lagi kekurangan yang perlu saya perbaiki. Mengenai sesi photoshoot , saya ingin menyusun 10 jari & meminta maaf andai kata ada pihak yang terasa hati dengan sikap saya.

Mungkin, saya tidak perasan atau terlepas cakap. Sebab itu, saya ingin meminta jasa baik pihak sesi photoshoot berkenaan untuk memaafkan diri saya. Saya tahu, mereka kesemuanya baik-baik, " jelas Fina yang kelihatan ikhlas meminta maaf.

Mel: ….terkedu tak tau nak cakap apa…..

Takziah | Bapa Fizo Omar Meninggal Dunia

Posted: 05 Jul 2011 07:36 AM PDT

Rentak Artis baru menerima berita kematian bapa kepada pelakon filem Kongsi, Fizo Omar yang meninggal dunia pada pagi ini. Ayah Fizo, Wan Omar, 80 tahun meninggal di sebuah hospital di Kota Bharu akibat masalah ketumbuhan. Semoga Fizo Sekeluarga tabah dengan kehilangan insan yang tersayang. Terkini yang kami tahu, Fizo sedang menuju ke Ipoh untuk mengambil adik-adiknya sebelum bergerak ke Kelantan. Takziah Fizo.

Kepada peminat-peminat Fizo yang ingin menyampaikan salam takziah kepada Fizo, bolehlah melakukannya melalui Twitter dan Facebook Fizo.

DaripadaNya kita datang, maka kepada Dia jualah kita kembali. AlFatihah…

Gambar | Milik Siapakah Body Mantap Ini???

Posted: 05 Jul 2011 08:27 AM PDT

Hah! Kalau terer, tekalah siapakah gerangannya insan ini? Berketul-ketul kau.. Mantap! Haha.. Jangan terlalu terpesona ye ladies sekalian! Untuk makluman, gambar ni kami dapat daripada Twitter pelakon ni. Hah! Klu tu! Pelakon… Nanti kami bagitau siapa. Tapi rasanya ramai dah boleh agak siapa kannnnnn! =)

 

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut