Selasa, 05 Juli 2011

Warisan ChanteQ

Warisan ChanteQ


Alam Persekolahanku bahagian 2

Posted: 04 Jul 2011 04:06 PM PDT

Share

Pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan peringkat menengah rendah. Semua orang pandang aku semacam tidak puas hati kepadaku. Aku berdiam diri kerana aku tiada kawan kerana tempat itu sungguh asing buat ku. Aku tidak mengenal mereka walau seorang pun. Tiba-tiba, ada seorang budak lelaki menegur aku, “Awak budak baru ke kat kawasan ni?” Aku cuma menjawab, “ha’ah, baru pindah rumah. Duduk dengan sepupu kat sini.” Kemudian aku beredar dari budak tersebut. Kerana aku terperasan sepasang mata yang tajam memerhatikan kami berdua. Masa rehat, aku hanya duduk dikerusi panjang di penjuru kantin sekolah kerana aku agak janggal untuk bertegur dengan orang bandar. Huhu, Al-maklum saja la.. Aku datang dari kampung. Tak lama selepas itu, datang sekumpulan budak perempuan yang lagaknya seperti gengster.. huh.. Berdebar-debar rasanya.

“Hye kau, aku tak pernah nmpk kau pun kat taman ni? Kau budak baru ke?” 

“Ha’ah, saya baru pindah sini.”

“Ala, kau ni. kitaorang nak kawan dengan kau ni boleh tak?”

” Hurm.. Boleh..” dengan nada yang begitu gemuruh.

“Ha.. macam ni.. Aku dengan geng-geng aku boleh kawan dengan kau. Tapi kau kena janji dengan kita orang dulu. Boleh?”

“Erm.. Janji apa?”

” Kau jangan sekali-kali nak rapat dengan budak lelaki yang tegur kau tadi masa perhimpunan tu OK!!”

Nada suaranya agak keras dan kasar.. Namun, aku hanya berdiam diri dan terus berlalu. Tidak lama kemudian, aku di ejek nya oleh mereka bahawa aku ini GEDIK.. Ha?? Apa maksud perkataan tu? Buat pertama kalinya aku mendengar kata-kata seperti itu.. Selang beberapa bulan aku di ejek oleh mereka, aku baru dapat mengetahui maksud kata-kata itu. Huh, sungguh bodoh aku pada waktu itu..

 

Kisah yang ni pula berlaku semasa aku berjalan kaki balik sekolah. Setiap hari aku jalan, mesti ada budak-budak duduk melepak dekat dengan sekolah rendah. Hati aku berkata, Mereka ini sudah tak bersekolah ke? Pelik, di bandar budak-budak melepak pada waktu tengahari. Tapi masa aku kat kampung dulu,petang-petang baru nampak muka budak melepak. Tapi!!! Aku terpandang seorang budak lelaki yang mula-mula tegur aku semasa hari pertama aku masuk sekolah. Tetapi dia berbaju uniform sekolah. Argh.. dia ini tergolong dalam golongan budak-budak nakal rupa-rupanya. Tak lama selepas tu, dia panggil aku. Tanpa buang masa, aku terus lari. Tak sempat nak toleh kebelakang. Huhuhu.. Selang beberapa minggu, aku menerima sepucuk surat setiap hari. Yang tertulis namanya hanyalah Didie. Eh, siapa dia ni? Tidak pernah walau sekalipun aku membalas suratnya kerana aku tidak kenal tuan penulisnya. Tiba satu hari tu, ada seorang pengawas sekolah datang berjumpa dengan aku dan mengatakan bahawa ada seseorang yang ingin berkenalan dengan aku. Tanpa berfikir, aku terus bertanya gerangan insan itu. Didie namanya. Ku ingat semula, oh.. Rupa-rupanya dia lah PAK POSTO nya ye.. Hurm.. Selepas itu, aku di kenalkan dengan insan misteri tersebut. Eh, budak yang suka melepak tu ke? Setelah berkenalan, barulah aku dapat tahu yang dia sengaja pergi ke sekolah lambat kerana ingin mencuba berkenalan dengan aku. Ceritanya, dia sudah menerima WARNING LETTER dari tuan pengetua karana dia sering datang ke sekolah lewat masa. Waktu itu, dia bukanlah 1 sekolah dengan aku. Kemudian, hampir setiap hujung minggu kami duduk di taman permainan bersama-sama berbual tentang diri masing-masing. Sehinggalah dia melamar aku sebagai kekasihnya. huhu.. Agak terkejut aku waktu itu, dengan beraninya dia berkata-kata dihadapan kawan-kawannya. Tetapi, aku tidak dapat menerimanya kerana aku sudah pun di punyai oleh seorang.. Akhirnya, setelah dia mendengar kata-kata aku, dia tidak lagi berjumpa dengan aku. Sebabnya pun aku tak pasti sehingga sekarang..

 

Kisah aku nak pindah sekolah kat kampung.. Huh, kenapalah ramai yang wish aku macam-macam ni? Kehairanan.. Rupa-rupanya kak ita( cikgu kesayangan aku ) telah menghebohkan bahawa aku ingin pindah. Termasuklah budak-budak yang dulu suka membuli aku itu pun turut memohon maaf. katanya, mereka bimbang kerana tidak dapat berjumpa lagi. Masa tu, macam-macam present aku dapat. Cikgu Ita juga memberikan aku sebuah cincin yang sehingga hari ini aku memakainya di jari manisku walaupun ianya pernah patah,namun aku membaikinya semula agar aku bisa mengingatinya sehingga aku bernafas lagi.. Yang sedihnya, seorang rakan cina ku yang bernama Chai Yin turut menitiskan airmata kerana terpaksa berpisah dengan aku. Saat itu, aku mula teringatkan seorang rakan sekolah rendah ku yang dulu berpindah sehingga kini tak ditemui dimana dia berada. Hari terakhir aku di Skudai,JB dihabiskan sehari suntuk keluar berjalan-jalan bersama-sama kawan-kawan aku. Aku sungguh terharu apabila mereka membuat surprise untuk aku. Mereka hanya membelikan aku sejambak bunga Rose putih sebanyak 63 kuntum bunga. Katanya, 63 itu adalah tarikh hari kelahiran aku. Mereka sebenarnya sudah merancang untu menyambut hari jadi aku pada tahun yang akan datang, namun hajat mereka tidak kesampaian kerana ku ingin berpindah. Patutlah mereka berkali-kali bertanyakan pada aku tentang barang yang aku inginkan. dan pada waktu itu, aku hanya menginginkan sejambak bunga rose putih sahaja.  Tak ku sangka dengan hari kejadian itu,, aku gembira sangat-sangat walaupun ada terselit rasa sedih. Setibanya aku di rumah, berpuluh-puluh soalan aku terpaksa tempuhi kerana aku pulang ke rumah dengan sejambak bunga itu la yang menjadi isu. Nasib baik mereka percaya kata-kata aku. Sehingga kini aku masih teringat namu kamu semua..

1-kak ita

2-epul

3-zack

4-Anisa

5-Joshua

6-anuar

7-Mei Lynn

8-Boy

9-Zita

10-Ramesh

11-angah kechik

12-wan kaki bangku

13-wan nerd

14-Chai yin

15-Burn

Thanks to you all. I miss u all so much.

Ketika kawan baru nak bagi nama glamour la.. Masa perhimpunan sekolah yang pertama, Aku PENGSAN!! huh, Selepas perhimpunan itu, kawan sekelas aku pun menegur aku.” Kau ke yang pengsan tadi?” Aku diam je.. Selepas itu, aku berkenalan dengan warga kelas 2 BUDIMAN. Nadia Nabilla salah seorang warga 2 budiman. dia yang memberi nama samaran aku iaitu “Am”. Hampir kesemua kawan-kawan aku memanggil nama seperti itu. Mula nya begini.. Nard terfikir tentang nama apa yang sesuai untu memanggil diriku. Aku mencadangkan dengan Nama “Ina”. Tetapi, dia kata..” Nma tu kampung sangat la.. Lain?” Kemudian aku mencadangan dengan nama “Mar”. Namun dia masih tetap tidak bersetuju. Lastly, aku bagi cadangan dgn Nama “Am”. Mulanya, dia menolak. Tetapi setelah difikir-fikirkan oleh kawan-kawan aku masa tu, Finally. Nama tu jadi gelaran buat aku. Thanks buat Nur Nadia Nabilla Binti Ismail. Sebab sudi jadi kawan aku. Huh, tiada mangsa buli semasa di sekolah baru..

 

Anugerah Industri Muzik 18

Posted: 04 Jul 2011 04:05 PM PDT

Share

Pada 28 Jun yang lalu, bertempat di Hotel Maya, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, satu sidang media telah diadakan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bagi mengumumkan beberapa perubahan yang akan dilakukan kepada acara anugerah muzik berprestij Malaysia iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke-18.

Kenyataan yang dibuat oleh Naib Pengerusi RIM dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri, Adrian Lim memberitahu bahawa salah satu perubahan utama AIM 18 adalah masanya. Pada tahun-tahun yang lepas, kebiasaan acara Anugerah AIM ini diadakan pada hujung bulan April atau awal bulan Mei. Jadi, pada tahun ini acara Anugerah AIM bakal dilangsungkan pada Sabtu, 12 November 2011. Beliau mengulas lebih lanjut bahawa perubahan ini telah dibuat setelah pihak RIM mengambil kira acara-acara muzik yang lain yang diadakan sepanjang tahun 2011.

Selain itu, antara perubahan lain yang telah diputuskan juga adalah lokasi acara  Anugerah AIM ke Stadium Putra, Bukit Jalil. Perubahan ini dibuat bagi membolehkan lebih ramai peminat dan penyokong artis-artis tanah air dan industri muzik Malaysia untuk menghadiri acara berprestij ini yang diadakan secara langsung kerana mempunyai kapasiti tempat duduk yang lebih besar dan luas. Beliau turut mengulas perubahan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para peminat muzik tempatan dan penyokong yang menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan industri muzik tanah air kita selain mengiktiraf karyawan seni tempatan.

Sehubungan itu, dengan perubahan kepada tarikh acara Anugerah AIM, tempoh kelayakan anugerah pada tahun ini juga akan dilanjutkan. Perubahan yang paling ketara adalah pengurangan bilangan kategori yang dipertandingkan dari 29 anugerah kepada 19 anugerah. Anugerah baru yang diperkenalkan merupakan anugerah khas di mana penilaian sepenuhnya dikendalikan oleh Celcom iaitu “Artis Mobile Terbaik”. Dengan tersingkirnya “Album Terbaik” dalam pelbagai kategori genre muzik (Pop, Etnik, Nasyid, Rock dan Hip Hop), kesemua album yang dikeluarkan sepanjang tempoh kelayakan dibuka akan diberi peluang untuk bertanding dan dihakimi untuk kategori “Album Terbaik Tahunan”. Kelayakan kriteria juga telah diubahsuai bagi membenarkan hanya lagu-lagu yang 100% dikarang oleh komposer-komposer tempatan. Hal ini kerana, RIM amat peka serta  mengiktiraf penglibatan komposer tempatan yang kian bertambah di dalam industri muzik tanah air

Dalam majlis yang sama, pihak RIM turut mengumumkan mengenai penajaan AIM 18. Celcom merupakan penaja utama AIM sebagai kerjasama yang berterusan. Saluran Astro Ria bakal bertindak sebagai stesen televisyen rasmi bagi menyiarkan siaran langsung pada tahun ini manakala Astro ERA sebagai radio rasmi untuk AIM 18.

Sebagai mewakili pihak ASTRO, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Khairul Anwar Salleh mengulas kehadiran ASTRO sebagai rakan media dan penyiar rasmi pada tahun ini jelas membuktikan komitmen ASTRO dalam menyokong industri muzik tempatan melalui pengisian kandungan tempatan menerusi landasan yang pelbagai bagi memberi peluang kepada penggiat muzik tanah air untuk menonjolkan karya seni dan kreativiti yang bermutu. Beliau turut mengulas bahawa pihak ASTRO begitu bangga melihat penganjuran acara seumpama ini kerana ia jelas memberi peluang kepada para penggiat muzik tempatan yang berbakat besar untuk mendapat penghargaan dalam industri muzik tanah air dengan penghasilan karya-karya seni muzik yang lebih kreatif dan inovatif.

 

 

Majlis Minum Petang Bersama Persatuan WANGI, UTM

Posted: 04 Jul 2011 10:27 AM PDT

Share

Pada 17 Jun 2011 yang lalu salah seorang dari penulis WC Media Creative iaitu Sarah Hata telah dijemput oleh wakil (Shima Shamsudin) dari Persatuan WANGI yang berpengkalan di UTM bagi Majlis Minum petang bersama Persatuan WANGI, UTM. Majlis ini telah diadakan di Hotel Plaza, Kuala Lumpur.

Sarah Hata telah dijemput bagi memberi ceramah dari segi pakaian dan tips berfesyen kepada tetamu yang hadir seramai 60 orang. Sarah Hata juga memberi pendedahan jenis bentuk badan, kesesuaian pakaian mengikut majlis, warna yang sesuai, aksesori yang digunakan. Mengikut makluman dari Sarah Hata, para peserta sangat sporting dan memberikan kerjasama yang memberangsangkan sepanjang majlis berlansung.

Disamping itu, diadakan juga Pertunjukan Fesyen bagi pakaian pengantin. Boleh dikatakan semua rekaan yang terlibat di dalam Pertunjukan Fesyen itu cantik-cantik belaka.

 

Sarah Hata memaklumkan kepada saya bahawa beliau amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Persatuan WANGI, UTM kerana memberi peluang kepada beliau untuk berkongsi perihal Fesyen dengan ahli-ahli WANGI yang hadir. Syabas buat Sarah Hata dan WANGI dari kami di WC Media Creative.

- ArL Suarez -

 

 

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut