Kamis, 30 Juni 2011

Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat

Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat


Gambar | Tahajjud Cinta – Nur Fazura Tampil Bertudung

Posted: 29 Jun 2011 09:33 PM PDT

Assalamualaikum semua. Kami excited sebenarnya ni nak tunjukkan kat korang betapa cun dan ayu dan manis dan menawan serta menusuknya hati kami apabila melihat gambar-gambar pelakon Nur Fazura yang bertudung ni.. Gembira dan seronok yang teramat sangat. Betul lah kan kata orang. Yang cantik akan lebih cantik jika dia bersederhana dengan kecantikannya. Imej Fazura ini adalah bersesuaian dengan wataknya di dalam drama Tahajjud Cinta yang akan mengisi slot Zehra di TV3 bermua 8 Julai 2011. Sedikit mengenai drama ini:

Drama Tahajjud Cinta ini merupakan karya terbaru Erma Fatima mungkin bakal mencipta fenomenanya yang tersendiri. Sebabnya, drama ni menampilkan hampir 20 pelakon terhebat negara. Mana nak cekau tu? Antaranya Remy Ishak, Nur Fazura sendiri, Fauziah Gous, Shahz Jaszle, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, dan Dira Abu Zahar. Apa lagi nak cakap? Kalau tak tengok memang rugi!
Sinopsis Tahajud Cinta:

“Tahajjud Cinta dihasilkan untuk memaparkan perjuangan kaum wanita serta menyemarakkan semangat diri mereka. Bermula dengan kisah Citra Maisara, (Fazura) seorang peguam syariah yang berjanji kepada dirinya  untuk membela hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Serta menyelamatkan kakaknya (Tiz) yang ditindas oleh abang iparnya. Eman Manan sebagai Ustaz Syauki memang betul dari segi pendirian agamanya tapi dia sendiri tidak boleh kawal nafsu terhadap wanita. Kemudian, Solahudin (Remy) anak kepada Ustaz Syauki tidak sanggup melihat ayahnya hidup dalam kemungkaran dengan menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.”

Okey kami nak pesan kepada kat korang terutamanya jejaka-jejaka diluar sana. Sila kawal diri anda masa tengok gambar-gambar ni ok. Make sure tutup mulut jang ternganga pula. Dan pastikan tiada ibu atau bapa korang kat sekeliling yang tengok gambar-gambar ni. Kalau tak susah korang kena paksa dengan parents pergi meminang Fazura sampai dapat! Haha. Enjoy!

 

 

 

 

 

 

Dan ini pula sekeping gambar pelakon lain Tahajjud Cinta, Neelofa yang juga bertudung. Manis jua!

Mel: Neelofa dan Fazura dikatakan bergaduh kerana seorang VVIP. Meletup! Apa cerita?

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut