Rabu, 29 Juni 2011

Warisan ChanteQ

Warisan ChanteQ


Cinta Si Layang – Layang

Posted: 29 Jun 2011 06:59 AM PDT

Share

Layang-layang itu sungguh cantik.

Layang-layang itu membuatkan ku gembira pabila melihatnya.

Alangkah indahnya jika aku bisa terbang diudara sepertinya.

Bebas mengecapi keindahan dari atas sana.

Namun,

Aku tidak mampu menjadi sepertinya.

Kerana aku adalah diriku yang hanya bisa berjalan di atas bumi.

Untuk terus melangkah mengejar kebahgiaan di duniawi.

Serta mencari bekalan hidup dimasa akan datang.

Cinta sebuah layang-layang..

Sukar diduga pada mereka yang tidak mampu berterbangan sepertinya.

Baginya,

Cintanya bebas terbang kesana dan kesini

Angin yang kencang juga membuatkan cinta bertambah kuat

Hingga terpaksa memutuskan talinya untuk terus mengejar cinta itu.

Namun,

Cinta si layang-layang tidak akan kekal

Ianyanya juga bisa terdampar di pesada asing. 

Kealpaan manusiawi mengejar kebendaan

Tidak mampu menoleh cinta si layang-layang

Hinggalah ia hancur berkecai

Serta ditempatkan di sebuah alam

Hingga..

Tidak seorang pun mahukannya.

Adakah itu cinta yang kita cari

Bagi pementasan kehidupan kita.

Mengapa kita harus memilih cinta si layang-layang

Jika kita punya cinta kekal selama-lamaNya..

 

- Dya Ina -

 

Transformers : Dark Of The Moon

Posted: 28 Jun 2011 01:37 PM PDT

Share

Salam Perkenalan kepada semua pembaca Warisan Chanteq Magazine,

Pada pagi 28 Jun 2011,bertempat di Golden Screen Cinema(GSC) Berjaya Times Square, saya telah berkesempatan menonton filem yang dinantikan ramai iaitu filem Transformers : Dark Of The Moon. Tayangan ini merupakan tayangan khas untuk pihak media. Terima kasih diucapkan kepada pihak United International Pictures Malaysia di atas undangan ini.

Filem Transformers kali ini merupakan sambungan dari filem yang lepas. Teraju utama filem ini Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky selaku hero dalam filem ini sudah pasti tidak akan menghampakan para peminat Transformers. Namun heroin untuk filem ini bukanlah Megan Fox seperti filem-filem Transformers yang lepas, jadi kepada peminat Megan Fox harap anda tidak terkilan. Watak heroin kali ini dibawa oleh Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly Spencer. Antara pelakon-pelakon lain yang turut terlibat adalah Josh Duhammel(Lt. Colonel William Lennox), John Turtorro(Agent Seymour Simmons), Tyrese Gibson(Robert Epps), Patrick Dempsey(Dylan Gould) dan ramai lagi.

Kisah kali ini bermula dengan imbasan peperangan antara Autobots dan Decepticon di planet asal mereka iaitu Cybertron. Lanjutan dari peristiwa tersebut tersimpul juga rahsia pendaratan kecemasan di bulan demi melindungi teknologi yang digelar ‘ARK’. Berbalik kepada kisah kehidupan Sam Witwicky yang telah tamat pengajian kolej dan masih keliru dengan kehidupan setelah kecundang di dalam percintaan. Namun Sam telah menemui penyeri hidupnya yang baru iaitu Carly Spencer. Di kala hubungan mereka sedang mekar, ujian mula melanda. Pihak Autobots dan Decepticon mula mengetahui rahsia mengenai pendaratan kecemasan di bulan dan teknologi ‘Ark’. Pertempuran bermula dan perlumbaan mendapatkan teknologi ‘Ark’ antara Autobots dan Decepticon memulakan aksi. Apakah yang berlaku selanjutnya? Siapakah yang bakal memperolehi teknologi tersebut? Nantikan kemunculan watak Autobots yang terbaru… Untuk mengetahui kisah selanjutnya,jom ramai-ramai ke pawagam…

Kepada peminat filem Transformers,pastikan anda membeli tiket awal-awal. Anda akan lebih berpuas hati sekiranya anda menonton filem ini dalam format 3D. Segala aksi yang ditonjolkan dapat ditonton dengan lebih jelas. Kualiti bunyi untuk filem ini amatlah mengagumkan. Skrip yang dituturkan oleh setiap watak dalam filem ini juga memberi mesej yang begitu jelas serta mampu memberi inspirasi kepada kita.

**rasa macam nak tgk sekali lagi filem ni…BEST GILE!!!

- Zhafnim -


0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut