Senin, 27 Juni 2011

Warisan ChanteQ

Warisan ChanteQ


Pengalaman Permata – Diganggu ‘Mamat Hidu Gam’

Posted: 27 Jun 2011 09:06 AM PDT

Share

Assalamualaikum & Salam sejahtera  semua…

Apa khabar anda semua..Permata harap anda semua dalam keadaan sihat & ceria-ceria sentiasa..

Permata agak kepenatan selepas pulang dari kampung pada hari Ahad 26 Jun 2011 yang lalu. Pulang ke kampung benar2 menenangkan dan menceriakan hati Permata. Kedamaian kampung membuatkan Permata melupakan segala masalah dan tekanan kerja yang Permata alami.. Ditambah pula dapat merehatkan diri bersama keluarga yang jarang sekali dapat berkumpul bersama. Namun.. Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung Permata ditimpa musibah ketika di dalam bas..

Permata menaiki bas Ekspress SANI dari Shah Alam ke kampung pada Jam 10.30 pagi. Kebetulan bas yang Permata naiki hanya mempunyai tempat duduk di bahagian belakang sahaja. Permata akur dan meneruskan perjalanan dengan perasaan gembira untuk bertemu keluarga.. Ketika di pertengahan perjalanan Permata dikejutkan dengan seorang lelaki tiba-tiba duduk di kerusi paling belakang bas yang kedudukannya betul2 di belakang tempat duduk Permata.

Permata yang pada mulanya menganggap pemandu kedua bas yang ingin berehat duduk di belakang Permata jadi Permata hanya membiarkan sahaja. Namun seketika kemudian Permata dikejutkan pula dengan gegaran kerusi yang Permata duduki.. Permata hanya membiarkan sahaja keadaan itu.. Namun ketenangan Permata diganggu lagi dengan bau gam yang amat kuat sehingga menyesakkan nafas Permata di ikuti bunyi plastik dan suara seorang lelaki menjerit dan meracau2.. Permata yang berasa tidak sedap hati cuba untuk bangun dan melihat keadaan di belakang namun Permata tiba-tiba terfikir akan keselamatan diri Permata,, Jadi Permata hanya mendiamkan diri sehinggalah bas yang Permata naiki berhenti di hentian rehat.. Tanpa melengahkan masa Permata turun dan memberitahu pemandu bas tentang perkara berkenaan..

Setelah menaiki semula bas, Permata bertambah risau kerana lelaki tadi masih duduk dibelakang Permata dan kini mengganggu Permata.. Ketika bas bergerak meneruskan perjalanan tangan lelaki terbabit mula bertindak diluar batasan.. Lelaki terbabit mula meraba tangan Permata. Permata bernasib baik kerana membawa bersama pensel di dalam beg galas Permata.. Permata menggunakan pensel tersebut sebagai alat mempertahankan diri jika berlaku sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan Permata.

Hampir sejam kemudian bas yang Permata naiki memasuki kawasan Kuantan dan Permata mula berasa lega kerana bas tersebut berhenti betul2 di hadapan Balai Polis namun saat itu Permata tetap diganggu oleh lelaki terbabit. Beberapa minit kemudian dua orang anggota Polis lelaki menaiki bas dan menuju ke tempat belakang dimana lelaki terbabit duduk. Angota polis menyoal lelaki terbabit namun lelaki tersebut tidak mengaku dan hasil siasatan polis menjumpai 2 tin gam didalam plastik yang disorokkan di tepi tempat duduk dimana beliau duduk. Akhirnya lelaki tersebut digari dan dibawa ke balai.

Disini Permata ingin menyarankan kepada wanita2 yang kerap menggunakan kenderaan awam untuk pulang ke kampung mahupun untuk ke tempat kerja supaya membawa bersama sebatang pensel mahupun pen di dalam beg sebagai alat mempertahankan diri.. Dan pastikan pensel tersebut tajam. Jika terjadinya sesuatu yang tidak di ingini kita boleh menggunakan pensel tersebut untuk mencederakan orang yang berniat jahat tersebut. Dengan mencederakan mereka kita dapat mencari peluang untuk melarikan diri.

Permata harap kisah ini dapat menyedarkan wanita-wanita di luar sana tentang pentingnya kita menjaga keselamatan diri. Jadikan kisah Permata ini sebagai tauladan dan pastikan diri kita selamat walau dimana sekalipun.

Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan berkongsi pengalaman bersama Permata. Sokongan anda amat Permata hargai.. =)

 

- Permata Cahaya -

 

 

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut