Rabu, 29 Juni 2011

Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat

Gosip dan Gambar Artis Malaysia Terkini Terhangat


Panas | Tuduhan Politik – Wardina Perjelas Keadaan Sebenar

Posted: 29 Jun 2011 08:36 PM PDT

Hangat kembali nama pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, atau Wardina apabila dia dikatakan menyokong parti politik pembangkang kerana dilihat berjumpa dengan beberapa orang ahli politik dari parti berkenaan. Perkara itu terjadi semasa Wardina menghadiri Program Karnival Mesra Rakyat yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya pada 26 Jun yang lalu. Namun Wardina tegas menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui sama sekali bahawa program itu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat. Sebelum ini pernah kecoh juga apabila beliau berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Mungkin kejadian susulan ini membuatkan segelintir pihak begitu yakin bahawa Wardina menyebelahi PKR.

"Saya sepatutnya hadir pada sebelah siang tetapi disebabkan sibuk dengan aktiviti lain, saya dijemput menghadiri pada sebelah malamnya kerana diberitahu ramai orang sedang menunggu. Dalam jemputan itu saya diminta memberi ceramah mengenai institusi kekeluargaan tanpa dimaklumkan majlis berkenaan adalah anjuran pertubuhan politik termasuklah kehadiran wakil rakyat pembangkang. Pada majlis itu saya hanya sempat memberi ceramah selama kira-kira sepuluh minit dan sebelum acara tamat, saya terus meninggalkan majlis selepas mendapat sedikit bayaran daripada pihak penganjur” – Wardina

Jelas Wardina, sewaktu dia tiba di majlis itu kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat tersebut. Oleh itu, dia amat terkejut apabila kehadirannya telah disalaherti dan dimanipulasikan sehingga timbul tuduhan-tuduhan liar itu.

Tambahnya, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang tidak elok selepas insiden berkenaan. Apa yang dialami ni betul-betul memberi tekanan kepada Wardina sehingga beliau terpaksa berehat daripada mengendalikan rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3 selama dua bulan bagi memperbetulkan keadaan.

Apa yang paling RentakArtis tidak setuju adalah tindakan segelintir pemilik blog yang menyiarkan kembali gambar-gambar Wardina sebelum beliau memakai hijab. Tersangatlah buruk perangai tu. Walau marah atau musykil macam mana sekalipun, itu bukan alasan untuk membuka aib orang lain apatah lagi orang yang telah berubah kepada kebaikan! Yang jelas, Wardina berhak untuk menyokong atau menyebelahi mana-mana pihak yang dirasakannya benar kerana semua orang mempunyai pendirian masing-masing. Yang membezakannya cumalah cara kita membawa kepercayaan kita. RA mendoakan agar semua ini berakhir dengan baik dan nama Wardina dapat dibersihkan kembali. Kepada bloggers di luar sana yang masih memaparkan gambar Wardina tanpa hijabnya, luangkanlah sedikit masa untuk mengeluarkan kembali gambar itu memandangkan Wardina bukan lagi seperti itu sekarang.

 

Mel: Allah akan menjaga aib kita sebagaimana kita menjaga aib orang atau lebih baik lagi. Fikir-fikirkan. Semoga Wardina tabah ya!

 

Review | Filem Bunohan Sarat Aksi-Drama!

Posted: 29 Jun 2011 11:49 AM PDT

Dalam filem aksi-drama BUNOHAN, Pengarah Dain Said menerokai pergolakan hubungan kekeluargaan, penipuan dan kematian warisan tradisi bagi menebus maruah yang hilang. Filem ini, yang menampilkan bintang muda dan veteran seperti Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim dan ramai lagi, difilemkan di pedalaman hutan paya bakau pantai timor Malaysia. BUNOHAN sebuah karya yang pasti mencetus inspirasi.

Sinopsis

Filem BUNOHAN mengisahkan tiga adik beradik Ilham, Bakar dan Adil yang pulang ke kampung halaman mereka berdekatan dengan sebuah hutan paya bakau terpencil dengan jalan hidup dan takdir yang berbeza-beza. Adil (Zahiril Adzim) merupakan anak bongsu yang sedang melarikan diri daripada pertandingan “kickboxing” haram, manakala Ilham (Faizal Hussein) adalah anak sulung yang menjadi pembunuh upahan yang sedang mencari mangsa terbarunya. Bakar (Pekin Ibrahim), anak kedua, yang menjadi oportunis dalam menyatukan masalah-masalah mereka dalam satu drama yang penuh dengan penipuan, kekecewaan dan pembunuhan. Sebagaimana cepatnya hidup mereka kembali bersatu, secepat itulah juga talian kekeluargaan mereka dipisahkan.

Antara gambar @ shot menarik dalam Filem Bunohan:

POK ENG the father (Wan Hanafi Su) ILHAM (Faizal Hussein) arrives in Bunohan _MG_2290 BAKAR (Pekin Ibrahim) 02 _MG_2264 _MG_2305 BUNOHAN Mek Yah_Tengku Azura ADIL (Zahiril Adzim) in Tomoi Match _MG_2282 (l-r) ADIL (Zahiril Adzim) & MUSKI (Amerul Affendi) on the run

Treler filem BUNOHAN telah dilancarkan hari oleh Apparat, dan dijangka keluar pada hujung tahun ini. Memang mengagumkan!

Get the Flash Player to see this player.

Kenapa anda MESTI TONTON?

  1. Filem in menampilkan barisan pelakon veteran dan pelakon baru termasuk Zahiril Adzim sebagai Adil, Faizal Hussein sebagai Ilham, dan Pekin Ibrahim sebagai Bakar.
  2. Turut ditonjolkan dalam peranan-peranan sokongan adalah pemenang Pelakon Terbaik FFM2010 dan Anugerah Skrin 2010, Bront Palarae; Namron; Wan Hanafi Su; Hushairy Hussin; AMerul Affendi; Soffi Jikan; Jimmy Lor, dan model terkemuka Malaysia, Tengku Azura dalam penampilan filemnya yang pertama.
  3. Terdapat sebuah babak kameo oleh pengarah terkemuka, Ho Yuhang.
  4. Berlatarbelakangkan paya bakau dan pesisiran pantai timur yang indah.
  5. Hasil seni filem BUNOHAN meninggalkan kesan yang mempunyai penangan sehebat babak-babak Tomoi di dalam filem tersebut.
  6. Filem ini menangani subjek-subjek yang bermakna dan dekat di hati. Di sebalik plot yang jelas, terdapat sebuah ulasan mengenai kematian tradisi kita dan pencemaran alam sekitar yang terjadi akibat pemburuan wang dan kuasa.

Trivia: Faizal rela diurut batin demi Bunohan…

Info | Anugerah Industri Muzik 18 Penuh Dengan Kejutan

Posted: 29 Jun 2011 09:43 AM PDT

Melihatkan apa yang berlaku kepada industri muzik Malaysia pada masa kini betul-betul membimbangkan RentakArtis. Kebiasaan untuk membuat album penuh sudah kurang dipraktikkan oleh ramai artis yang sebaliknya lebih selesa untuk mengeluarkan single sahaja. Pengeluaran single sudah menjadi trend semasa penyanyi Malaysia terutama sekali bagi artis-artis baru. Hal ini memberikan impak langsung kepada pengiktirafan sesebuah album yang dihasilkan oleh artis-artis. Buktinya, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang akan diadakan pada 12 November depan tampil dengan banyak perubahan apabila melihatkan pertambahan penghasilan lagu berbanding album.

Antara perubahan yang dilakukan  termasuklah pengurangan sebanyak 10 kategori menjadikan AIM kali ini tampil dengan 19 kategori selain tidak membenarkan penyertaan karya oleh pemuzik luar Malaysia. Lebih kami terkejut, turut diperkenalkan adalah satu anugerah khas yang ditaja oleh Celcom iaitu Artis Mobil Terbaik dengan alasan industri muzik masa kini lebih memfokuskan penghasilan lagu berbentuk digital berbanding album. Berikut adalah sedikit sebanyak info mengenai Anugerah Industri Muzik ke-18:

  • AIM pada tahun ini akan diadakan buat pertama kalinya di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini.
  • Pemansuhan kategori Album Terbaik yang melibatkan pencalonan Pop Etnik, Nasyid, Rock, Pop, dan Hip Hop yang mana kesemua pencalonan itu akan bertanding dibawah kategori Album Tahunan Terbaik.
  • Pemenang kategori Artis Mobil Terbaik akan dipilih melalui muat turun lagu paling tinggi termasuk pembaharuan dalam “Call Me Tones”.
  • Astro merupakan penyiar dan rakan media rasmi bagi AIM 18.
  • Karya yang layak bertanding pada AIM 18 ialah karya yang dihasilkan dalam tempoh antara 1 Januari 2010 hingga 30 Jun 2011.
  • Penyerahan borang pencalonan bermula pada 1 Julai 2011 hingga 29 Julai 2011 dan penyertaan dibuka kepada ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia sahaja (RIM).

Untuk kategori-kategori yang akan dipertandingkan pula adalah seperti dibawah:

 

1. Artis Baru Terbaik

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

5. Kulit Album Terbaik

6. Rakaman Album Terbaik

7. Video Muzik Terbaik

8. Lagu Pop Etnik Terbaik

9. Lagu Nasyid Terbaik

10. Lagu Rock Terbaik

11. Lagu Pop Terbaik

12. Lagu Hip Hop Terbaik

13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

15. Anugerah Kembara

16. Anugerah Sri Wirama

17. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

18. Lagu Terbaik

19. Album Terbaik

 

Bagi RentakArtis, apa yang dilakukan ini sedikit sebanyak melunturkan semangat karyawan tempatan yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan album terbita mereka. Memang RA faham sangatlah apa perasaannya apabila sesuatu yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh itu tidak dinilai dan dihargai dengan setarafnya. Melihatkan penghasilan album dari artis-artis seperti Ning Baizura, Yuna, Aizat Amdan, Hujan, Pesawat dan lain-lain membuatkan RA tertanya-tanya juga apakah perlu perubahan drastik ni dilakukan? Tapi nak buat macam mana.. Kita sekadar pemerhati dan tentunya keputusan yang dibuat ini bukanlah keputusan persendirian sebaliknya dilakukan secara sepakat oleh mereka yang berkelayakan. RA difahamkan ramai juga artis-artis yang kurang bersetuju dengan perubahan ini. Apapun, semoga yang terbaik buat industri muzik Malaysia!

 

Mel: Jangan lupa APM2011. Dan Tahniah Harimau Malaya! Gudluck di Taiwan sana yeay! Err.. AIM Inggeris, Cina dan Tamil pada 2012? Tunggu jelah!

Info | Transformasi Tiara Jacquelina Kepada Nora

Posted: 29 Jun 2011 08:17 AM PDT

Nora Elena sudah tentu tiada kaitan dengan apa yang akan kami kongsikan disini. Kerana sememangnya hampir tiada apa yang boleh mengaitkan antara Tiara Jacquelina dan Nora Elena. Haha. Tetapi Nora yang dimaksudkan adalah watak yang akan dipegang oleh Tiara didalam pementasan teater terbaru beliau, The Secret Life of Nora. Setelah memperoleh kejayaan dan memenangi beberapa anugerah dengan pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) dan Teater Muzikal P.Ramlee, Tiara dan Enfiniti Vision Media miliknya kini kembali dengan projek teater muzikal terbaru mereka ini.

Ujar Tiara, idea untuk menghasilkan TSLN mula ditimbulkan hanya dengan perbualan kosong antara dirinya dengan pereka set terkenal, Raja Maliq dan beberapa individu lain yang terlibat dengan Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) ketika itu.

“Mendengarkan mereka berbicara dengan idea yang cukup bernas dari jalan cerita sehinggalah ke kostum dan rekaan set untuk merealisasikan kisah seorang agen penyiasat wanita itu, benar-benar membuatkan saya kagum. Lalu, saya fikir ia merupakan idea yang menarik untuk dipersembahkan di pentas teater, kisah seorang agen penyiasat wanita sebagai subjek utama untuk teater terbaru saya ini. Selepas beberapa siri perbincangan dan berfikir semasak-masaknya, akhirnya kami sepakat untuk menghasilkan TSLN yang kami percaya dapat memberikan santapan hiburan baru kepada masyarakat tempatan.” – Tiara Jacquelina

Tiara turut akan kembali ke pentas teater dengan memegang watak agen penyiasat bernama Nora dalam pementasan yang akan dipentaskan di IB bermula penghujung September ini selama tiga minggu.

Tiara dalam profilnya sebagai seorang penerbit teater muzikal di negara ini, amat sukar untuk melihat dia mengecewakan penonton. Tiara juga bukanlah anak seni yang melakukan sesuatu perkara sambil lewa atau tidak serius. Baginya, apa sahaja yang dilakukan waima perkara kecil sekalipun, dia akan usahakannya dengan bersungguh-sungguh sehingga menampakkan hasilnya.

Bagi mendapatkan hasil yang terbaik dan memberikan impak yang luar biasa untuk TSLN, aktres yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik menerusi filem Puteri Gunung Ledang pada 2005 ini sanggup terbang ke London semata-mata untuk mendapatkan khidmat dan kepakaran pengarah serta aktivis teater terkenal, Steven Dexter. Steven Dexter akan menjadi pengarah bagi teater TSLN ini. Tiara juga memberitahu akan ada beberapa muka lama yang sebelum ini terlibat dengan dua pementasan terdahulu akan kembali bekerja dengannya selain tenaga kerja baru.

Dalam masa yang sama, Tiara tidak menafikan pihaknya ada keinginan untuk membawa pementasan itu ke luar negara. Dia begitu maklum betapa Malaysia mampu untuk membawa produk teater tempatan untuk dipentaskan di West End atau London namun menurutnya, itu semua cuma perancangan awal dan perlu dikaji melalui sambutan TSLN di Malaysia sendiri terlebih dahulu.

Tentang soal kos pula, ianya dirahsiakan oleh Tiara namun dikhabarkan ia akan menelan belanja lebih daripada RM5 juta sekali gus menjadikannya sebagai teater muzikal paling mahal dalam sejarah.

Selepas mengabdikan diri dalam hidup Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang, Tiara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan transisi baru dalam hidupnya dengan watak Nora pula. Baginya, watak Nora bukan calang-calang kerana ia menuntut cabaran yang cukup tinggi dan atas alasan itu, Tiara kini menjalani rejim senaman bagi memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan terbaik untuk tempoh tujuh bulan akan datang dan sekaligus bersedia untuk menjadi Nora.

-Dipetik dan diolah daripada Utusan Malaysia Online.

 

WoW! jangan lepaskan peluang untuk turut sama merungkai rahsia kehidupan agen rahsia, Nora dengan panorama 60-an di Istana Budaya bermula 29 September 2011. Pastikan anda tidak terlepas sebarang info mengenai teater ini dengan mengikuti semua pengumuman berkaitan melalui Facebook rasmi teater ini iaitu The Secret Life of Nora. Semoga pementasan ini kelak akan menjadi satu sejarah baru buat semua warga kerjanya serta industri teater Malaysia. All the best, Tiara!

 

Mel: Tiara is gorgeous and indeed gorgeous itself is Tiara Jacquelina! Ok. Mel terlebih sudah! =)

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut