Sabtu, 25 Juni 2011

Warisan ChanteQ

Warisan ChanteQ


Sarah Hata ke Pertandingan Fashion Show Muslimah

Posted: 25 Jun 2011 08:29 AM PDT

Share

Majlis       :   Pertandingan Fashion Show Muslimah

Lokasi      :   Hotel Intercontinental
Tarikh       :  18 Jun 2011
Masa         :  9pagi -12 tengahari
Anjuran    :  Kongres & Konvokesyen Open International University for Complementary Medicines (OIUCM), Sri Lanka
Peserta    :  25 orang

 

Pada hari Sabtu yang lalu Sarah Hata yang mewakili WC Media Creative dan Sarah Hata Resources telah melibatkan diri sebagai peserta untuk Pertandingan Fashion Show Muslimah. Majlis di Hotel Intercontinental sebenarnya tujuannya adalah untuk Konvokesyen dan Kongres bagi Open International University for Complementary Medicines (OIUCM), Sri Lanka. Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, pihak penganjur telah menyelitkan juga Pertandingan Fashion Show Muslimah kerana ingin menonjolkan pakaian muslimah yang dipakai bagi kebanyakan penduduk Malaysia kerana kalangan yang hadir adalah dari 30 buah negara.

 


Ini adalah pengalaman pertama Sarah Hata untuk catwalk dan melibatkan diri di dalam pertandingan sedemikian. Tetapi, hasilnya Sarah Hata berjaya terpilih untuk menggondol hadiah saguhati dari 25 orang peserta. Sarah Hata berjaya membawa pulang barangan CVT (Colour Vibration Theraphy) dan juga wang tunai semuanya bernilai RM700. Sekalung tahniah buat Sarah Hata diucapkan dari pihak WC Media Creative.

 

 

Majlis bermula pada jam 9 pagi dengan semua peserta bersiap-siap di bilik yang disiapkan pihak penganjur Pertandingan Fashion Show Muslimah. Baju yang dipakai oleh Sarah Hata pada pertandingan tersebut adalah tajaan dari Butik Kuzrina (Fatin Anati) manakala tudung Turban pula ditaja oleh Syurene (Rini Fadzil). Makeup pula hanya oleh Sarah Hata sendiri.

Pada pukul 11.30 Pertandingan telah dimulakan. Sarah Hata selaku peserta ke 8 menunggu dengan penuh debaran. Apabila diumumkan nama, Sarah Hata terus berjalan dan dihadapan pelbagai kaum dari negara seperti Jepun, China, India dan lain-lain. Peserta yang hadir semuanya hebat-hebat, ada diantara mereka pernah menjuarai Gadis Melayu 3 dan Pencarian Tudung Fareeda.

Seperti kata Sarah Hata, “Apa yang penting adalah keyakinan kita menggayakan baju yang ditaja itu samada kita orang baru atau lama”.


 

 

 

 

 

 

 

Dari Sarah Hata, WC Media Creative dan Sarah Hata Resources ucapan jutaan terima kasih kepada photographer Faiz (Angin Lalu) yang mewakili Cipot Redz dari WC Media Creative dan sebahagian gambar adalah dari penaja tudung Turban digayakan Sarah Hata, Syurene.

- Sarah Hata -

*Terima kasih buat Syurene kerana sudi berkongsikan gambar.

Pertama Kali Dya ke Sepang

Posted: 25 Jun 2011 04:23 AM PDT

Share

Hampir dikatakan menjadi adat bagi para pelumba kereta untuk mengikuti setiap perlumbaan yang diadakan. Kali ini Dya Ina berpeluang buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Sepang. Sudah bertahun-tahun menetap di Kuala Lumpur, namun masih tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana. Dya Ina bersama crew WC Media Creative di jemput untuk melakukan beberapa sesi fotografi di sini pada 12 Jun 2011 yang lepas. Setibanya Dya Ina di lokasi, Dya Ina dikejutkan dengan sebuah kereta lumba yang mengalami masalah teknikal. Agak menakutkan juga buat Dya Ina kerana Dya Ina melihat tayar keretanya tercabut dengan mata kepala Dya Ina sendiri. Dya Ina membisikkan dihati, ‘Beraninya dia buat kerja dengan keadaan begitu.’ Hehe.. Kemudian, Dya Ina berjumpa dengan salah seorang pelumba kereta untuk mendapatkan uniform Dya Ina dan seorang talent dari WC Media Creative iaitu Evilyn Ara.

Inilah wajah pelumba kereta yang sedang berusaha untuk mencapai kejayaan beliau. Ajak Hamdi dan Philippe Volkaerts. Walaupun berbeza bangsa dan budaya, mereka mampu bekerjasama dengan begitu baik. Disamping itu, mereka juga amat mesra jika bersapa serta bergurau senda. Indahnya dunia kita kerana terciptanya pelbagai budaya dan juga bangsa. Ini adalah buat kali pertama juga Dya Ina berada di lokasi perlumbaan. Pada kebiasaanya, Dya Ina hanya melihat sahaja di kaca televisyen. Sebelum memulakan sesi ujian terhadap kereta beliau, beliau telah di beri sedikit penerangan untuk mendapatkan platform perlumbaan mereka. Kami juga turut di beri sedikit penerangan mengenainya juga. Keadaan disekeliling kami amatlah sibuk kerana mereka sibuk berusaha untuk meneliti keadaan kereta yang akan di pandu oleh para pelumba ini. Kelihatan salah seorang daripada crew sedang bertungkus lumus dalam penelitian keadaan kereta tersebut.

Suasana ketika Dya Ina berada di Sepang, amatlah bising sekali. Al-Maklumlah, mereka sedang membaiki apa yang patut demi kejayaan mereka. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing walaupun dalam keadaan yang sangat panas. Tepat jam 12 tengahari, kami terpaksa mengundurkan diri. Walaupun keradaan di sana tidak mencukupi waktu kami, kami tetap memberi dorongan buat mereka supaya mereka berjaya. Good Luck Guys. May Allah Bless You All.. Amin..

 

Dya Ina -

 

 

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut