Selasa, 28 Juni 2011

Warisan ChanteQ

Warisan ChanteQ


Basikal Fixie – Berbaloi atau Tidak

Posted: 28 Jun 2011 09:36 AM PDT

Share

Jika anda perhatikan betul-betul di sekeliling taman perumahan anda, anda pasti pernah melihat sekumpulan remaja ataupun mungkin orang dewasa menunggang basikal yang berwarna-warni. Agak menarik melihatkan kepada bentuk dan warna yang pelbagai pada basikal ini. Sejak minyak naik harga ini juga, makin ramai pula yang berbasikal. Ramai dari kalangan anak remaja sekarang yang berbasikal.

Kalau diperhatikan di kawasan Shah Alam tempat saya tinggal ini selalu sahaja geng remaja berbasikal secara berkonvoi. Warna basikal masing-masing memang meriah kerana ada yang dilengkapi lampu lip lap lagi terletak dibahagian belakang basikal benar2 dibawah tempat duduk penunggang lazimnya. Tetapi yang menghadirkan perasaan lucu dihati saya ialah apabila penat mengayuh anak remaja ini masing2 menyorong basikal sendiri menyusuri tepian jalan..hehehe~ =P

Tahukah anda pada nama basikal yang dinamakan 'Fixie' ?

Harganya boleh tahan dikatakan agak mahal juga. Menurut informasi dari kawan adik saya harganya yang paling murah bermula dari RM500 dan boleh mencecah ribuan Ringgit Malaysia bagi seunit. Walaubagaimanapun, saya rasa harga tidaklah menjadi masalah jika ia adalah suatu minat. Ditambah pula, aktiviti berbasikal Fixie ini adalah suatu aktiviti yang berfaedah disamping menyihatkan.

Aktiviti berbasikal Fixie ini juga dapat membuatkan kalangan remaja ini berkenalan dengan ahli geng basikal yang lain. Paling tidak, tidaklah masa terbuang begitu sahaja dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan membuang masa. Tambahan, ia dapat juga mengelakkan remaja2 dari me’rempit’ dengan motosikal. Cubalah me'rempit' dengan menggunakan basikal ini jikalau hendak menjerumuskan diri ke dalam longkang yang berhampiran kerana kebiasaannya basikal ini tidak dilengkapi dengan brek tetapi jikalau kepada yang baru mencuba itu sememangnya disarankan memasang brek.

Berbalik ke zaman saya kecil dahulu sememangnya saya berminat untuk menunggang basikal. Dahulu, brand yang kerap & terkenal digunakan mestilah Chopper, GT dengan BMX. Memang memasang 'Fork'(batang besi pendek berupa silinder – dipasang di rim basikal untuk membolehkannya dipijak) adalah kewajipan jika memiliki basikal jenis GT atau BMX. Bila telah dipasang 'Fork' di tayar depan atau belakang, handle akan boleh dipusing bagi membuat aksi 'Freestyle'.

Berbalik kepada tajuk, Fixie merupakan nama yang timbul daripada perkataan "fixed-gear" kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Ia bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Oleh sebab ini basikal fixie tidak mempunyai brek & untuk memberhentikan basikal ini haruslah menggunakan kaki bahkan ia boleh dikayuh mengundur.Agak menarik kan..??

 

Dalam artikel kali ini saya juga ingin berkongsi 10 Fakta menarik berkenaan basikal Fixie ini:

1. Basikal Fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.

2. Basikal Fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.

3. Untuk memberhentikan basikal Fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai "skidding".

4. Sesetangah penunggang Fixie berpendapat basikal Fixieini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.

5. Basikal Fixie tidak mempunyai gear.

6. Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.

7. Penunggang Fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal Fixie beramai-ramai.

8. Seperti basikal BMX, Fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersediri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.

9. Basikal Fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk "coasting" dimana pada basikal biasa anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.

10. Sesetengah penunggang berpendapat menunggang Fixie memberikan mereka lebih "feel" kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.

 

Sekian sahaja perkongsian saya dalam topik basikal Fixie ini.. =P

 

- ArL Suarez -

**Nale, kawan adik saya ada pakai basikal Fixie ni..Warna Hijau..Cun !!!

 

Fesyen Gipsi

Posted: 28 Jun 2011 01:05 AM PDT

Share

 


Gipsi itu sendiri adalah merujuk kepada masyarakat yang suka berpindah randah seperti orang romani, dome, lom, banjara, domba,dan pelbagai lagi. Mereka ini kebanyakan berada di Eropah hasil penghijrahan beramai-ramai dari utara India pada kurun ke-14. Sekarang juga ada diantara mereka tinggal di Utara Amerika dan Australia. Kebanyakan masyarakat gipsi masih mengekalkan elemen tradisional nenek moyang mereka  termasuklah dari segi pakaian dan bahasa mereka iaitu bahasa Roman. Ini bermakna mereka ini majoriti berkulit gelap atau sawo matang kerana nenek moyang mereka berasal dari India.

 

Baiklah itu serba sedikit mengenai asal-usul masyarakt gipsi,kita beralih pula kepada fesyen pakaian mereka terutama wanita.

 

Apa itu Fesyen Gipsi?

Fesyen Gipsi sebenarnya sudah diadaptasi dengan pelbagai gaya antaranya dengan pakaian dress, t-shirt,skirt, lace dress dan sebagainya. Motif utama stail gipsi adalah dari corak pakaian yang selalunya  gabungan beberapa  garisan menegak, melebar dan juga pemakaian skaf  atau bandana di kepala serta beberapa aksesori tambahan.

 

 

Mereka suka mengenakan kain penutup rambut atau lebih dikenali sebagai bandana. Ciri ini membezakan stail gipsi dari stail pakaian yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain itu, pemakaian selendang panjang yang diserikan dengan aksesori tambahan menambah lagi seri si pemakai.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemilihan aksesori juga selalunya terdiri dari anting-anting yang bermotifkan juraian, gelang yang banyak, serta rantai.

 

 

 

 

 


 

Mereka juga ada custome mereka tersendiri, sebagai contoh :



Pemakaian ini telah disuai padan dengan pemilihan kasut boot atau kasut tinggi biasa, dan ada juga disertakan dengan pemilihan bandana warna senada dengan pakaian dan ada juga pemakaian beserta tali pinggang yang bersesuaian.

 

 


Kini,pemakaian fesyen gipsi bukan hanya sekadar di majlis bertema, untuk pakaian harian  dan santai kita boleh juga bergaya.

 

Pemilihan skirt juga boleh dijadikan asas  dalam  bergaya gipsi ini. Teknik gabungan baju t-  shirt  atau top di serikan lagi dengan aksesori  gelang,tantai dan anting-anting serta pemakaian  bandana melengkapkan lagi gaya anda.

 

 

 

 

 

 

 

Selebriti tempatan juga pernah menggayakan gaya gipsi ini antaranya

Rozita Che Wan dan Dato’ Siti Nurhaliza.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi yang bertudung, anda juga tidak perlu risau kerana Fesyen Gipsi ini boleh dicuba dengan gaya seperti berikut:

Oklah setakat itu perkongsian saya, segala cadangan dan komen boleh dikongsi di ruangan komen di bawah. Kalau suka boleh like.:)

 

- Sarah Hata -

Alam Persekolahanku (Bahagian 1)

Posted: 27 Jun 2011 09:37 AM PDT

Share

 

Kisah ini bermula di alam persekolahan daripada pengalaman pertama menerima wang saku. Hari pertama aku menjejakkan kaki ke alam persekolahan, aku seolah-olah kesunyian dan ketakutan kerana aku hanya bersendirian di tempat awam. Jauh dari keluarga katakan. Aku diberi wang saku sebanyak 40sen sehari sahaja. Waktu itu, aku ke sekolah tanpa peralatan tulis serta beg sekolah. Rakan-rakan sekelas ku semua mengejek diriku. Aku hanya mampu mendiamkan diri tanpa bergaul dengan sesiapa pun. Tidak lama kemudian, ibu ku pulang dari kerja dengan membawakan aku sebuah beg sekolah berwarna Pink serta bercorak kartun Sailormoon. Keesokkan harinya, aku ke sekolah bergayakan beg yang baru. Yea !! Gembira rasa hati ku. Inilah beg pertama yang aku dapat.

Kisah yang kedua pula semasa kawan karib ku sewaktu aku darjah dua ingin berpindah sekolah. Pada kebiasaannya,dia akan hadir ke sekolah paling awal sekali dari murid-murid yang lain. Tetapi pada hari tersebut,dia datang lewat sekali dari semua orang tetapi dia datang bersama ayahnya. Kemudian dia terus ke pejabat pengetua. Aku hanya berfikir,apakah kesalahan disiplin yang telah dia lakukan. Selesai perhimpunan pada waktu pagi, aku berjalan menuju ke bilik darjah. Aku duduk termenung sambil melihat dan memikirkan tentang dia. Tidak lama kemudian, dia masuk ke kelas bersama-sama cikgu. Kemudian,cikgu memberi tahu kepada kami bahawa dia akan berpindah ke sekolah yang lain. Hati aku sayu dan sedih apabila mendengarnya. Airmata bergelinangan tanpa henti setelah dia salam serta memeluk ku. Hanya lambaian sahaja yang mampu aku berikan disaat akhir perjumpaan kami. Setelah dia tiada dari pandangan mataku, aku menangis tidak berhenti-henti di dalam kelas hingga pukul 1 tengahari. Ramai yang cuba memujuk aku,namun,semuanya gagal. Tetapi, seorang makcik kantin sekolahku mencuba sekali lagi memujuk aku apabila saat untuk pulang dari sekolah. Akhirnya, aku terdiam dan berkata kepada makcik tersebut, ” Adakah saya akan berjumpa dengannya lagi, makcik?” Makcik hanya berkata, ” Setiap pertemuan, pasti ada perpisahannya. Namun, hanya Tuhan sahaja yang mampu mengubah takdir seseorang itu. Jika ada umur yang panjang, kamu akan berjumpa dengannya semula. InsyaAllah.” Kemudian,aku reda dari tangisan ku. Aku pulang dengan perasaan hampa..

Kisah ketiga berlaku semasa kejohanan sekolah. Aku hanya diwakilkan untuk menyertai acara lompat jauh P(10B), 100 meter, 4 x 100,  4 x 200, dan lompat jauh ( lompat tinggi sampai sekarang aku tak berani cuba. Tak tahu kenapa. ) Alhamdulillah,aku berjaya walaupun hanya pingat gangsa dan perak sahaja aku mampu menyumbang mata di rumah sukan iaitu warna Hijau ( Helang ). Tiba-tiba salah seorang murid menujuk jari ke arah langit. Aku terasa hairan lalu melihat ke atas. Oh, rupa-rupanya seekor helang sedang berterbangan di atas kawasan padang sekolah kami kesana dan kesini. Aku hanya tersenyum lalu menunjukkan kepada cikgu rumah sukan aku sambil berkata,” Kita akan juarai kejohanan tahun ini.” Cikgu hanya berkata YA kepadaku sambil tersenyum. Saat-saat yang dinantikan, pengumuman untuk johan keseluruhan. Seperti yang kukatakan tadi, Rumah sukan kami menjadi Juara Keseluruhan.. Alhamdulillah..

Seminggu sebelum Majlis sambutan Hari Guru, aku di panggil oleh cikgu bahasa melayu untuk ke perpustakaan. Hanya beberapa orang yang telah dipanggil untuk mengikuti aku ke perpustakaan. Rupa-rupanya, kami kena BERLAKON??? Huh, boleh ke aku berlakon? Aku diberi watak Azimah kembar kepada Azim. Latihan berjalan dengan lancar. Tiba saat waktu yang di tunggu-tunggu, kami berdebar-debar untuk naik ke atas pentas melakonkan watak masing-masing. Cikgu hanya berkata,” Kamu semua mampu lakukan dengan baik,InsyaAllah.” Kami semua akur dan pasrah apa sahaja yang bakal terjadi nanti. Semasa naik ke atas pentas, aku melihat ramai manusia yang sedang melihat kami. Pengetua, cikgu-cikgu,rakan-rakan serta makcik pakcik tukang kebun dan kantin sedang memerhatikan kami. Alamak, segannya.. Erm.. Namun aku tepis perasaan ku ini. Babak akhir cerita tersebut memerlukan aku menangis kerana kematian seorang guru yang banyak berjasa serta memberi dorongan kepada aku yang yatim piatu itu. Airmata mengalir serta jeritan kembarku,Azim adalah penamat lakonan kami. Arrhhhh.. Alhamdulillah,kami menerima tepukkan yang begitu gemuruh. Turun sahaja dari pentas, cikgu memeluk diriku dengan erat kerana telah berjaya membuat pihak penonton mengalirkan airmatanya juga. Aku gembira pada saat itu.. TERIMA KASIH CIKGU.

Saat ingin menduduki peperiksaan UPSR. Sewaktu aku menduduki peperiksaan percubaan, aku yakin bahawa aku mampu buat dengan baik. Namun keputusan aku sangat mengecewakan. Bahasa Melayu Penulisan, aku mendapat E. Benar-benar Hari Ini Dalam Sejarah. Aku betul-betul terkejut. Hampir semua pihak memarahi aku. Namun pada peperiksaan sebenar, aku telah mengejutkan semua pihak dengan keputusan yang cemerlang iaitu B. Cikgu berasa hairan dengan penulisan aku. Namun, aku hanya berjaga-jaga ketika menjawab soalan ketika itu.

Inilah kisah sewaktu aku memduduki alam persekolahan rendah dahulu. Sebenarnya,banyak lagi cerita yang aku ingin ceritakan. Namun, aku hanya mampu menceritakan sampai disini dahulu. Kisah di alam persekolahan yang seterusnya, akan disambung kemudian hari. Jika aku berkesempatan lagi.. InsyaAllah..

 

Nantikan sambungan cerita di Alam Persekolahanku (Bahagian 2) hanya di Warisan Chanteq Magazine

Dya Ina -

 

 

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut